Thursday, January 15, 2015

Siapa Sebenarnya Eric Paulsen?

pilihanraya kini     2:50 PM    


“Saya percaya cakap dan tweet saya adalah dalam lingkungan undang-undang,” kata peguam hak asasi manusia itu.

Mungkin sesetengah dari kita tidak menyedari bahawa Eric Paulsen merupakan salah seorang daripada peguam Anwar Ibrahim. Beliau juga dikatakan satu firma guaman bersama Lateefa Koya dan Sivarasa.

Semasa beliau dibebaskan, Eric Paulsen telah diiringi oleh peguam Radzlan Jalaludin dan Michelle Yesudas serta pengurus program BERSIH, Mandeep Singh. Berdasarkan segala fakta yang kita ada ini, maka boleh dikatakan adalah mustahil kata-kata Eric Paulsen merupakan pandangan peribadi. Ianya dilihat lebih cenderung kepada kata-kata yang berbentuk hasutan dan mempunyai agenda politik.

Walauapapun kita mohon pihak polis, pendakwaraya dan semua pihak yang terlibat menghukum Eric seberat mungkin sebagai pengajaran kepada mereka yang mempunyai “cita-cita” untuk menghasut dan memburukkan kerajaan, agama Islam dan orang Melayu. Ini amat penting dalam menjaga keamanan negara yang telah diwariskan kepada kita oleh nenek moyang kita. Ketuanan Melayu perlu dipelihara.

Media sosial seolah-olah sedang dipergunakan sepenuhnya oleh pakatan rakyat dalam menjayakan agenda “jahat” mereka. Kini mereka cuba memanipulasikan pula kenyataan yang berbaur hasutan dan kenyataan yang kononnya berbentuk pandangan peribadi. Kita boleh katakan yang pakatan rakyat ini sememangnya “master of manipulation”.

Sebelum ini kita hanya tahu bahawa pihak Israel banyak menggunakan pendekatan ini dalam usaha mereka untuk menghancurkan umat Islam. Adakah Eric Paulsen ini juga merupakan salah seorang jentera Israel? Kami amat berharap pihak yang bertanggungjawab akan menjalankan siasatan berhubung kaitan antara Israel, Kristian dan Eric Paulsen.

Selain daripada ini, kita juga amat maklum bahawa hampir 90% para peguam di negara kita merupakan penyokong tegar pakatan rakyat. Oleh itu mereka dengan mudah dapat memanipulasikan perundangan dan perlembagaan negara demi kepentingan agenda pakatan rakyat.

Baru-baru ini Pegarah eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah dua hari beliau ditangkap kerana didakwa menghasut melalui satu tulisan di tweet. Beliau menegaskan bahawa komennya adalah di dalam sempadan perlembagaan persekutuan.


Sumber: 

http://www.pru14.tv/2015/01/15/hasutan-dan-pendirian-peribadi-eric-paulsen-dua-perkara-berbeza/


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.