Tuesday, March 10, 2015

DAP & Jawatan Ketua Pembangkang

pilihanraya kini     12:13 PM    

AKHIRNYA DAP BERJAYA BUNUH POLITIK ANWAR, KINI GILIRAN NURUL IZZAH


KENAPA BUKAN LIM GUAN ENG?
DAP hari ini menyatakan sokongan terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang bagi membahaskan titah Diraja di Dewan Rakyat esok.
Ini sekaligu menafikan khabar angin yang menyatakan DAP mengintai jawatan tersebut berdasarkan parti itu MENDAPAT majoriti di parlimen, DAP-38, PKR-30 dan PAS-21 ahli parlimen.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan The Malaysian Insider berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat ahli-ahli parlimen DAP petang ini.
“Tiga puluh tujuh Ahli Parlimen DAP telah mengadakan mesyuarat petang ini dan kita bersetuju bahawa Anwar masih MENDAPAT sokongan daripada DAP untuk menjadi pemimpin pembangkang.
“Selagi dia masih Ahli Parlimen Permatang Pauh, dia adalah ketua pembangkang Malaysia. Kami tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai jawatan ketua pembangkang selagi beliau masih pemimpin pembangkang.
“Jika dia tidak dapat hadir ke Parlimen esok, tempatnya hendaklah diganti oleh seorang Ahli Parlimen PKR. Saya rasa ia sepatutnya (diambil alih oleh) Ahli Parlimen Lembah Pantai (Nurul Izzah),” kata Guan Eng pada sidang akhbar di Hotel Gardens di Kuala Lumpur.
Guan Eng dilaporkan The Malay Mail berkata pemilihan Nurul Izzah menggantikan Anwar adalah pilihan yang tepat.
“Dia (Nurul Izzah) akan menyediakan konteks yang betul,” katanya tanpa menerangkan lebih lanjut lagi.

Terdahulu, Nurul Izzah dilaporkan Sinar Harian berkata beliau bersedia menggantikan tempat ayahnya bagi membahaskan titah Diraja, esok.
“Saya akan bacakan ucapan ketua pembangkang bagi menyampaikan suara Permatang Pauh (Anwar Ibrahim) dalam dewan esok.
“Saya tak nampak ada halangan untuk saya mewakili beliau kerana sebelum ini Datuk Saifuddin Nasution juga pernah mewakili Anwar untuk membacakan ucapan ketua pembangkang,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut, Izzah menjelaskan tiada sebab untuk beliau tidak dapat mewakili bapanya kecuali dihalang oleh pihak-pihak tertentu.
“Saya tidak rasa ada masalah melainkan ada halangan politik lain yang tidak menginginkan perkara itu berlaku,” katanya.
Anwar tidak dapat menghadiri sidang Parlimen berikutan menjalani hukuman penjara kerana dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sedang mengemukakan pengampunan Diraja yang dipohon keluarganya.
Sementara itu, Nurul Izzah menegaskan bahawa pakatan pembangkang tidak akan berhenti berusaha untuk memastikan Anwar dapat menyertai sidang Dewan Rakyat bagi sesi kali ini.
“Kita terus menerus berusaha agar beliau diberikan ruangan untuk hadir dalam sesi kali ini,” tegas beliau.
Sementara itu Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul turut mengesahkan perkara berkenaan.
“Saya akan jumpa Speaker, setakat ini hampir pasti beliau (Izzah) yang akan baca. Sekarang ini kami dalam proses nak maklumkan kepada Speaker yang akan bacakan ucapan adalah Lembah Pantai,” kata Ahli Parlimen PKR Sungai Petani itu di lobi Parlimen hari ini.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.