Tuesday, March 31, 2015

GST tetap yang Terbaik – Pembangkang TIPU Rakyat Mengenai Fakta CGT

pilihanraya kini     10:27 AM    


Jika pembangkang terus menerus ingin melaksanakan CGT  kesan yang amat ketara akan berlaku dalam putaran ekonomi  negara dan juga rakyat dalam negara ini.  CGT dikenakan ke atas setiap transaksi penjualan saham, adakah ia bagus kepada para pelabur. Kemungkinan Bursa Malaysia akan kehilangan daya saing kerana ia tidak menguntungkan pelabur.

Pelabur tidak akan melabur dalam negara kerana  sasaran pelaburan adalah keuntungan terhadap pelabur, jika CGT ini dijadikan sistem percukaian, Walaupun CGT dikenakan , ke atas golongan kaya yang jumlahnya masih kecil lagi di Malaysia. Lainlah kalau peratusannya amat tinggi.

CGT yang dicadangkan oleh pigak pembangkang adalah satu sistem yang mana mempunyai impak negative yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Pembangkang tidak pernah mewar-warkan fakta ini kepada rakyat.

Semestinya tidak , pembangkan akan terus menyembunyikan semua fakta yang memberikan impak kepada sokongan  rakyat terhadap mereka, hanya rakyat yang buta hati perut sahaja yang mempercayai kesemua  cakap cakap  kosong pembangkang.

CGT yang dikatakan terbaik oleh pembangkang tersebut jika dilaksanakan di Malaysia ianya akan dapat menampung jumlah perolehan kerajaan dan akan mengakibatkan  kerajaan akan meminjam wang dari institusi asing untuk menampung perbelanjaan negara.

Jika ini akan berlaku maka  cukai cukai lain akan dikenakan ketas rakyat untuk menambah perolehan yang berkurangan akibat daripada  perlaksanaan CGT tersebut. Ini adalah disebabkan hasil pendapatan negara dijangka akan berkurangan.

Dari sudut yang lain pula, perlaksanaan CGT yang dicadangkan oleh pembangkang akan mengakibatkan perbelanjaan negara akan mengalami gangguan dan akan berlaku defisit, ini adalah kerana kutipan hasil bagi menampung perbelanjaan berkurangan berbanding perbelanjaan yang besar.

Kesan yang paling ketara sekali ialah bila mana pelabur  tidak akan melabur kedalam negara yang mengamalkan sistem percukaian CGT dan akan memindahkan kekayaan mereka dan juga perlaburan ke negara yang tidak mengamalkan CGT.

Ini menyebabkan hutang negara bertambah dan ia memudahkan negara ini dikawal oleh si pemiutang atau para kreditor asing. Kita tidak boleh membandingkan kekayaan ekonomi negara kita dengan kekayaan ekonomi negara-negara maju di Eropah.

Di Negara barat sebagai perbandingan pembangkang sama sekali tidak boleh digunapakai, ini adalah kerana negara barat telah lama menongkah kemajuan dan struktur ekonomi  negara barat pada kebanyakan nya sudah berada ditahap mampu menampung rintangan dan permasalahan.

Di Malaysia, kerajaan hanya mengenakan CGT secara terhad ke atas keuntungan jualan hartanah yang dikenali sebagai Real Property Gain Tax (RPGT). Cukai ini dilaksanakan bagi mengelak aset atau hartanah dijadikan bahan spekulasi dan manipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk mencari keuntungan melampau.

Dengan kata mudah mereka beli harga murah, selang beberapa tempoh mereka jual dengan harga mahal untuk dapat untung. Itu sebabnya harga hartanah terutamanya rumah melambung tinggi bila ia bertukar dari satu pemilik ke satu pemilik yang lain.

-PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.