Monday, March 23, 2015

HUDUD : DAP Gagal Bawa Keyakinan Masyarakat Bukan Islam

pilihanraya kini     11:10 AM    


Parti Gerakan Pulau Pinang menyifatkan DAP sebagai gagal membawa keyakinan masyarakat Cina dan India dalam pakatan pembangkang apabila tidak dapat menghalang kerajaan PAS Kelantan daripada membentangkan rang undang-undang hudud.
Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sepatutnya boleh terbang ke Kelantan bagi membincangkan perkara ini dengan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.
“Masa banjir hari itu beliau boleh turun (ke Kelantan), takkan yang ini penting tidak boleh pergi ke Kelantan…,” katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.
Ahmad pada Rabu membentangkan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan.
Pindaan itu diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Khamis
Sementara itu  DAP Sarawak akan memutuskan sama ada keluar daripada Pakatan Rakyat susulan keputusan PAS membentangkan Enakmen  Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 atau undang-undang Hudud pada Rabu lepas.

Sambil menyifatkan tindakan PAS itu sebagai tindaka ‘tikam belakang’, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata beliau tiada pilihan kecuali mempertimbang langkah untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.


“Namun, memandangkan ini adalah keputusan paling penting yang perlu saya lakukan sejak mengambil alih pucuk pimpinan jawatankuasa negeri pada Jun 2013, saya aka mengadakan mesyuarat untuk memutuskan perkara itu serta mendapatkan perakuan daripada jawatankuasa penuh tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan
di sini.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.