Wednesday, March 25, 2015

Kenapa DAP Buang Hadi, Bukan PAS?

pilihanraya kini     10:59 AM    



NAMPAKNYA permainan parti DAP dalam soal kerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) semakin tegang apabila drama terbarunya iaitu memutuskan kerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mengapa DAP hanya memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi sahaja, kerana kerjasama dalam PR ialah bersama dengan Parti Islam Semalaysia (PAS) dan bukannya dengan Presiden.

Jika kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hanya melibatkan kerjasama dengan Abdul Hadi, sebenarnya ia bermakna kerjasama antara DAP dan PAS sudah pun putus.

MENARIK - Tanda Besar Kiamat Pakatan, Guan Eng Putus Kerjasama Dengan Abdul Hadi

Bagaimanapun, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan memilih untuk memberi kenyataan bahawa parti DAP hanya memutuskan kerjasama dengan Presiden PAS, untuk apa?

Jika Guan Eng secara terus membuat pengumuman bahawa DAP tidak lagi boleh bekerjasama dengan PAS, beberapa kesan besar bakal diterima khususnya melibatkan kerusi-kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai PR.

Jika berlaku secara terang, DAP mengumumkan berpisah dengan PAS komposisi di negeri seperti Selangor melibatkan kerusi parti dalam PR perlu dilihat semula.
Pendirian parti lain iaitu PKR dalam PR juga perlu diambil kira jika itu berlaku untuk memastikan berapa parti dalam PR yang asalnya iaitu PKR, PAS dan DAP untuk melihat keadaan kerusi-kerusi di DUN berkenaan.

Bagi rakyat, sepatutnya tindakan Guan Eng tidak dilihat sebagai kononnya langkah berani memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan PAS membawa Hudud ke Parlimen.

Pakatan_Rakyat
Sebenarnya, DAP hanya bermain wayang lebih-lebih lagi menunggu pendirian rasmi Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam isu Hudud yang akan diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi.


Perlu diketahui, bukan semua pemimpin PAS yang berada di bawah Abdul Hadi menyokong beliau sebaliknya ramai yang berpaksikan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dulu dikenali sebagai Anwarinas.
DAP pastinya tidak mahu meninggalkan golongan ini yang juga ada menyokong mereka dalam politik seterusnya memastikan sokongan PAS dalam PR kepada DAP kekal.

Keadaan lebih kelam-kabut lebih-lebih lagi apabila Anwar kini berada di dalam penjara kerana dihukum selama lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.

Kita akan melihat landskap politik yang nyata berbeza jika benar PR kali berpecah angkara PAS yang nekad mahu melaksanakan Hudud di negeri Kelantan yang nyata menyakitkan hati sekutu mereka.

– PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.