Monday, March 30, 2015

Kisah Mat Sabu Ditangkap & PAS

pilihanraya kini     10:31 AM    









Penahanan polis terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) pada awal Sabtu cuba dimanipulasi pula oleh portal Malaysiakini untuk memburukkan imej Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hadi ‘tidak tahu’ Mat Sabu ditahan polis,” fokus tajuk Malaysiakini yang dilihat cuba memberi imej negatif terhadap Presiden PAS itu.
“Hadi, yang dilihat kian renggang dengan timbalannya, berkata demikian sewaktu bergegas selepas merasmikan konvensyen PAS Wilayah Persekutuan di Gombak hari ini (Sabtu).
“Ahli parlimen Marang didekati wartawan, selepas menunggu hampir setengah jam, tetapi enggan mengulas sebarang soalan, termasuk keputusan DAP Sarawak keluar daripada gabungan pembangkang di negeri itu.
“Beliau menjawab “tidak tahu” apabila diajukan soalan berhubung penangkapan timbalannya.
“Hadi mempunyai sikap berbeza terhadap perhimpunan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, berbeza dengan timbalannya, lebih popular dikenali Mat Sabu, yang dilihat sangat pro-Pakatan,”lapor Malaysiakini.
Pendedahan Malaysiakini itu disambut oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Saharin (Chegubard) memburukkan lagi imej Hadi berkaitan dengan komunis dan pil kuda.


Aktivis PAS, Fais Al-Hajari yang berada di tempat kejadian mendakwa Malaysiakini sengaja memanipulasi pemberitaan tersebut.
“Saya ada masa Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) diserbu wartawan masa konvensyen PAS Wilayah Persekutuan tadi (Sabtu). Jarak saya dengan TGHH tak sampai dua meter.
“Jelas TGHH tidak melayan sebarang soalan wartawan dan tidak memberikan komen apa-apa. Jawapan TGHH ‘tiada komen…tak tahu, sila tunggu PC..’
“Kalau itu pun nak dilaporkan sebagai “TGHH tak tahu”, memang serius bodoh lah,”katanya.
Pada awal Sabtu, astroawani.com melaporkan Mat Sabu telah ditangkap polis berhubung perhimpunan #KitaLawan bagi menuntut pembebasan Anwar Ibrahim.
Mat Sabu yang ditahan kira-kira 23 jam itu kemudiannya dibebaskan pada jam 11.30, Sabtu.
Sebelum ini, beberapa aktivis lain turut ditahan, iaitu Hishamuddin Md Rais, Tian Chua (Naib Presiden PKR), dan Mohd Rafizi Ramli (Setiausaha Agung PKR), kesemuanya berkaitan dengan perhimpunan #Kitalawan.
-pru14

2 comments :

Anonymous said...

mat sabun di jamin oleh Dap

Anonymous said...

Biarkan Si Muka Babi ni merengkok dalam penjara!!!!

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.