Monday, March 30, 2015

#KitaLawan “Undur Rosmah Undur”- Nak Undur Dari Jawatan Apa?

pilihanraya kini     2:50 PM    




Pembangkang semakin hari semakin gila, sampai tidak tahu membezakan  yang berjawatan dan bukan berjawatan. Bagi pembangkang sesiapa juga yang menyokong kerajaan  adalah orang  yang  perlu disingkirkan tak kira siapa mereka.

Dalam demontrasi baru baru ini iaitu demontrasi nak bebaskan Anwar Ibrahim kononnya terdapat penganiayaan  terhadap  beliau  setelah dijatuhkan hukuman penjawa 5 tahun  bersabitan kesalahan meliwat.

Bermacam macam karenah , prilaku yang sebelum ini kita sendiri tidak pernah melihatnya. Masing masing cuba menjadi “hero”  dalam demontrasi ini. Mana tidak nya  berbagai sepandok  dengan kata kata dibawa.

Kata kata yang tertera di banner  semasa demontrasi menunjukkan  tahap metaliti mereka sebagai penyokong PR. Rata rata kita lihat setiap baris kata kata yang dipaparkan itu penuh dengan  luahan perasaan yang luar kangkaan pemikiran.

Anwar pernah berkata “gunakan saluran yang betul, negara ini ada undang-undang” tetapi pernahkah Anwar menasihati dirinya sendiri serta penyokong mereka, Jawapan paling tepat tidak pernah sama sekali.

“Undur Rosmah Undur” ini diantara kata kata banner dan poster yang dipaparkan semasa  demontrasi  “Bebaskan Anwar”- Penat otak memikirkan ayat ayat ini,  Kenapa  Rosmah disuruh undur? Sedangkan dia tidak mempunyai apa juga jawatan  dalam kerajaan,?

Atau adakah perkataan “Undur Rosmah Undur” ini para penyokong pembangkang mahukan DS Najib  menceraikan Rosmah? Dua kali pening bila ayat ayat yang tidak sepatautnya  ditulis dibuat pada poster.
Kalau saya  melihat ayat tersebut dah dua kali pening  nak cari jawatan apakah yang disandang oleh Rosmah , rasanya penyokong pakatan  10 kali lebih pening semasa menulis perkataan “Undur Rosmah Undur”.

Adakah penyokong  pakatan  telah  diperbodohkan oleh kepimpinan mereka sendiri atau mereka terlalu dungu  dan menerima apa sahaja  cadangan tanpa ada otak untuk memikirkannya. “Undur Rosmah Undur” adalah sebaris ayat yang telah menunjukkan betapa dangkalnya penyokong pakatan dalam mencari isu, sehinggakan orang yang tidak berkaitan dalam pemerintahan negara juga terpaksa undur dan letak jawatan.

Jawatan apakah itu? Agaknya para penyokong pakatan juga pening kepala memikirkan apakah jawatan yang  mereka hendak   Rosmah Mansor berundur?  Semasa mereka tidak normal mungkin ayat “Undur Rosmah Undur” tersebut amat relevan dengan  demontrasi “bebaskan Anwar”.

Mungkin setelah otak mereka kembali normal, mereka juga  pening untuk mengaitkan demontrasi “ Bebaskan Anwar”  dengan  kaitan “undur Rosmah Undur”  pada kaca pemikiran yang waras. Tetapi kita faham  sebahagian besar para penyokong  PR ini adalah pemakan upah , dimata mereka hanya adan lambang ringgit semata mata.

Itu adalah diantara sebabnya , mereka tidak tahu dan tidak memperdulikan matlamat demontrasi yang diadakan. Yang pastinya mereka tetap pening kepala  untuk memikirkan apakah jawatan Rosmah selain isteri kepada Perdana Menteri sehingga tercatatnya perkataan “Undur Rosmah Undur”

-PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.