Tuesday, March 31, 2015

Kubur Nik Abdul Aziz Terpaksa Disangkarkan?

pilihanraya kini     10:16 AM    



DAHSYAT juga perihal taksubnya ahli-ahli PAS ini ke atas bekas Mursyidul Am mereka Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Gambar berkenaan ialah pagar sementara yang dipasang di kubur beliau di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka di Kota Bharu, Kelantan.

Pagar berkenaan dipasang bagi mengelakkan orang ramai yang taksub dengan beliau daripada melakukan pelbagai perkara khurafat ke atas kubur Allahyarham.

MENARIK – Tengku Mahkota Kelantan Ziarah Pusara Nik Aziz 

Antara yang kerap berlaku ialah, tanah dari kubur berkenaan dikatakan diambil dan disimpan oleh mereka yang terlalu melampau sayangkan Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Soalnya, mengapa perlu dipagar kubur Nik Abdul Aziz sebegitu rupa sehingga ia kelihatan seperti bukan kubur seorang tokoh ilmuwan Islam tetapi seperti sebuah sangkar.

Sudahlah dipagar, pagar itu pula berwarna hijau seperti PAS.
Jika diamati tulisan, pada pagar atau kelihatan seperti sangkar itu dikatakan hanya untuk sementara sahaja.
Adakah, pagar yang lebih cantik dan besar akan dibina untuk melindungi kubur berkenaan.

Jelasnya, jangan sampai binaan yang besar dan cantik dibina di atas kubur Nik Abdul Aziz biarpun tujuannya untuk menghalang perkara khurafat kerana membina, binaan kekal di atas kubur adalah haram di sisi Islam.

Kalaupun, ada tindakan pihak tertentu menjalankan aktiviti khurafat di atas kubur Nik Abdul Aziz itu, takkanlah sampai disangkarkan kubur berkenaan sebegitu rupa.

Begitulah kesudahannya, apabila PAS sendiri yang mendidik ahlinya untuk taksub kepada pemimpin-pemimpin mereka, kini mereka sendiri terpaksa menghadapi dan menangani perangai ahli Pas yg sebegitu.

-Pru14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.