Monday, March 30, 2015

MB Kelantan Gesa Ahli Pas Patuhi Dasar Parti

pilihanraya kini     3:12 PM    


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggesa ahli dan pemimpin  parti mematuhi arahan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan segala keputusan dibuat dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi parti.

Ketika membuat saranan itu, beliau berkata ahli parti perlu bertindak mengikut dasar parti dan segala perbezaan pendapat perlu diurus dengan baik. 

"Meskipun kita menghormati rakan pakatan pembangkang,  tetapi ahli Pas harus bertindak berlandaskan dasar parti. 

"Autoriti presiden menentukan keputusan dan hala tuju  Pas," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Ke-30 Pas Kawasan Klang di Pandamaran di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan menarik perhatian bahawa Kelantan  berazam untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu dan oleh yang demikian, ahli Pas tidak sepatutnya menyokong cadangan untuk menangguh atau menolak pelaksanaan hudud.

Abdul Hadi sebelum ini mengemukakan notis usul kepada Dewan Rakyat pada 18 Mac lepas bagi membentangkan Rang Undang-undang Persendirian untuk pelaksanaan hudud di Kelantan. 

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan Klang, Mohd Prasad Hanif berkata mesyuarat agung kawasan Klang pada hari  ini sebulat suara menyokong kepimpinan ulama menerajui parti  dengan mencalonkan Abdul Hadi bagi mempertahankan jawatan presiden parti untuk pemilihan parti Jun ini.

Beliau berkata perwakilan yakin kepimpinan ulama wajar diketuai Abdul Hadi yang membawa kemenangan besar kepada Pas sejak menjadi presiden.

Mohd Prasad turut menyelar tindakan DAP yang memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi berhubung isu hudud yang  dilihat bertentangan dengan amalan demokrasi. 

Bagi jawatan Timbalan Presiden, Pas Kawasan Klang  mencalonkan Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Mohd Amar, Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk  Iskandar Abdul Samad dan Anggota Parlimen Temerloh Nasrudin Hasan masing-masing dicalonkan untuk jawatan naib presiden.

1 comments :

Anonymous said...

Seruan yg baik macam mana pun pasti akan ada yg menentang...disebabkan Syaitan telah bermaharajalela dalam Pas ... sebati.. Akibat Nik Aziz mengetengahkan Prakuan boleh berkerjasama dengan Syaitan untuk melawan musuh politik...sebagai dasar Parti melalui kedudukannya sebagi Mursyidul am Pas( pembuat Dasar/halatuju Parti)...Ini perkara yg jelas bathil dimana AlQuran mengariskan ..Syaitan itu musuh yg Nyata. Terlalu lama pegangan Dasar Nik Aziz ini...sehingga telah sebat dan jadi darah daging pejuang dan ahli Pas..Sehingga kini masih tiada penarikan atau pembetulan atau taubat..dalam hal begini... Inilah puncanya...Parti Pas mulai menampakkan kepelekan dan tindakkan yg menyelisih adab Islamiah..Pas akan yg perjuangkan Islam akan hancur dan terganti Pas yg berciri Munafik terhadap Agama dan sesama Pemimpin begitu juga sesama ahlinya... terbukti kebelakangan ini... kepelekan itu .. mulai terzahir... Ini lah kekuasan Allah.terhadap hamba dan kerajaanNya...Bertaubatlah...sabelum terlambat... Ini perkara pokok...waimah ahli ibadah..al hafiz... al Mujarabat... tauhid perlu murni... Syaitan itu musuh yg Nyata..dalam apa keadaan sekalipon!... Yg dukong Parti ... tidak terlepas dari ancaman .... dan kebathilan... Bertaubatlah bertaubatlah dan pebetulkan pegangan Ahli...mereka teraniaya akibat kerakusan dan nafsu Mursyidul lama...








© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.