Wednesday, March 25, 2015

Pelaksanaan HUDUD Dan GST : Mencari Titik Noktah!

pilihanraya kini     9:08 AM    

      
      Di laman internet, isu GST  telah dikesan tersebar provokasi  senarai perbandingan yang membezakan pelaksanaan hukum Hudud dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh puak yang tidak bertanggungjawab dipercayai penyokong kuat Hudud dalam PAS.

       Pihak berkenaan mahu menyamakan dua isu berkenaan seperti sama tetapi hakikatnya ia adalah dua perkara yang berbeza tanpa sebarang persamaan.

      Hudud secara terang-terangan ialah Enakmen Jenayah Syariah II 1993 pindaan 2015 yang merupakan satu peruntukan undang-undang jenayah manakala GST pula merupakan sistem percukaian.

MENARIK – Artikel Pembaca – Kesungguhan Antara GST Dan Hudud

    PAS harus sedar yang untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Hudud ini, mereka turut memerlukan undi dari Ahli Parlimen UMNO dari Barisan Nasional untuk menyokong pembentangan berkenaan sekaligus mendapat bilangan undi majoriti mudah iaitu 112.

     Tindakan mengeluarkan perbandingan sebegini, hanya akan menyebabkan UMNO mungkin menarik diri daripada mempertimbangkan menyokong usul Hudud berkenaan yang akan dibentangkan di sidang Dewan Rakyat.

      Hampir kesemua ciri-ciri kegagalan yang disenaraikan di dalam perbandingan jahat itu sepatutnya menjadi tanggungjawab PAS sebaliknya PAS meletakkannya kepada Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.

         Ciri ketiga yang disebut ialah GST boleh dilaksanakan dan banyak promosi dihabiskan berkenaan GST manakala Hudud banyak kempen menolak hudud. Penulis berasakan itu adalah satu fitnh jahat kerana kempen menolak Hudud banyak hadir dari dalam Pakatan Rakyat (PR) sendiri iaitu DAP dan kini PKR juga dilihat banyak menentang Hudud. UMNO sebenarnya banyak membantu PAS dengan melibatkan diri dalam satu jawatankuasa bersama untuk mendraf RUU berkenaan dan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan dari BN iaitu UMNO menyokong ia diluluskan pada sidang DUN sebelum ini. 

            Pada ciri keempat pula, kegagalan Hudud dilaksanakan didakwa disebabkan tiada agensi khas diwujudkan untuk menggerakkan Hudud manakala GST dikatakan mampu mengambil beribu pekerja baru dalam masa dua tahun untuk implementasikan GST. Pada ciri ini, Kerajaan Negeri Kelantan sepatutnya sejak berkuasa pada tahun 1990 dulu sehingga hari ini sepatutnya sudah lama mewujudkan agensi khas berkenaan untuk menggerakkan kesedaran masyarakat ke atas pelaksanaan undang-undang Islam itu.

         Kerajaan Pusat melakukan segala-gala yang perlu bagi memastikan pelaksanaan GST yang mengikut Bajet 2014 berjalan lancar tanpa ada mengira rungutan rakyat sebaik sahaja ia mula dilaksanakan pada 1 April depan. Penulis tidak berminat mengulas semua ciri perbandingan yang disebutkan sebaliknya elok dibuat ulasan pada ciri-ciri yang kurang penting dalam perbandingan itu.

     Ciri seterusnya menarik perhatian ialah ciri ketujuh iaitu “Dikatakan sebagai perundangan yang tak relevan di Malaysia, belum cuba belum tahu” manakala GST dikatakan ” Sudah diwar-warkan sebagai sistem percukaian terbaik walaupun belum diimplementasikan”. Kerajaan Pusat tidak pernah menolak sama sekali pelaksanaan Hudud tetapi cuma mengatakan ia masih tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia tetapi jika ia mahu dilaksanakan di negeri yang dikuasai PAS, ia boleh dilakukan. Mengapa PAS mengambil masa sejak tahun 1990 sehingga hari ini untuk menggerakkan usaha melaksanakan hukum Islam itu padahal sudah menguasai Kelantan sejak 90-an.

Betapa kejinya pihak yang cuba membandingkan pelaksanaan Hudud dan GST yang sebenarnya dua perkara yang berbeza.

      Kalau dilihat, penulis seperti membayangkan perbandingan ini seperti dibuat oleh orang buta tanpa memikirkan fakta dan sejarah sebenar kedua-dua perkara berkenaan. Pelaksanaan GST diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan ketika pembentangan Bajet 2014 bahawa GST akan dimulakan pada 1 April tahun ini. Ia sudah pun dilaksanakan di lebih 100 buah negara dan terbukti sebagai satu sistem cukai yang adil dan saksama untuk semua rakyat.

PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.