Tuesday, March 10, 2015

Pertandingan Lima Penjuru di #PRKDunChempaka

pilihanraya kini     3:55 PM    


KOTA BHARU - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac ini bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru melibatkan seorang calon Pas dan empat calon Bebas.
Mereka ialah imam tua Masjid Mukim Baung Besar, Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad daripada Pas manakala empat calon Bebas ialah Yang Dipertua Kelab Bumi Rahmat Kelantan, Fadzillah Hussin; ahli perniagaan dari Pasir Puteh, Aslah Mamat; aktivis Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Sharif Mahmood dan ahli perniagaan, Izzat Bukhary Ismail Bukhary.
Kelima-lima mereka mengesahkan bertanding apabila tampil di pusat penamaan calon PRK DUN Chempaka di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa di sini sebelum pencalonan ditutup pukul 10 pagi tadi.
Pegawai Pengerusi PRK DUN, Ibrahim Bakri Mat Deris memberitahu tiada kertas penamaan calon-calon yang ditolak pada pukul 10.45 pagi.
Fadzillah akan menggunakan simbol kunci manakala Izzat Bukhary (pen), Aslah (buku) dan Sharif (gajah).
Ahmad Fathan ialah Bendahari Pas Pengkalan Chepa manakala Izzat Bukhary, merupakan calon Bebas yang pernah tewas di PRK DUN Pengkalan Kubor Ogos tahun lalu.
PRK DUN Chempaka diadakan berikutan kematian Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari lalu kerana kanser prostat.
Pada Pilihan Raya Umum ke13 (PRU-13) beliau menang dengan majoriti 6,500 undi.
Allahyarham Nik Abdul Aziz mendapat 12,310 undi manakala calon BN, Wan Razman Wan Abd. Razak memperolehi 5,810 undi.
sumber 

2 comments :

mk said...

Semoga yg terbaik menang !

Anonymous said...

Mungkin ramai yang berani meramal keputusan PRK ini. Mungkin ada yang memperlekeh calon-calon bebas ; tak kurang yang sanggup menganggap mereka bodoh dan tidak bijak menilai keadaan Politik di Cempaka.
TAPI jangan kita lupa bahawa pilihanraya, samada PRK atau PRU, adalah satu proses demokrasi di mana rakyat, khususnya pengundi, diberi peluang untuk memilih calon yang diyakini mereka. Tak kisahlah samada mahu dilihat kepada tokoh atau parti ; asalkan diberi peluang memilih, demokrasi sudah ditegakkan.
Tentu sekali keputusan nanti akan memberi implikasi yang banyak dan berbeza, Calon PAS dijangka akan menang mudah. Akan tetapi sebarang kekurangan dalam bilangan undi dibanding dengan yang diperolehi Allahyarham Nik Aziz akan memberi isyarat yang buruk kepada parti PAS. Sebaliknya penambahan undi kepada "penentang" PAS akan menentu corak penglibatan parti-parti lain dan juga calon-calon Bebas dalam PRU 14 kelak. Maka sebab itu kita TIDAK patut pandang remeh kepada penglibatan ramai calun bebas kali ini.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.