Wednesday, March 25, 2015

PKR : Parti Yang Tidak Membela Islam, Bangsa dan Negara

pilihanraya kini     10:41 AM    


Sejak dahulu lagi kita telah  berpesan agar menjauhkan diri dari PKR, Kita juga telah berpesan bahawa PKR adalah sebuah parti yang menolak apa juga yang berkaitan dengan kewujudan Islam, memperjuangkan apa yang telah diamalkan oleh Turki satu ketika dahulu.
Namun pesanan yang dibuat dianggap sebagai musuh yang amat membenci mereka. Sudah terkena baru terngadah. Dalam keperluan kehidupan berpolitik hanya pelengkap kehidupan  demokrasi, namun bagi PKR politik itu adalah segalanya.

Dalam politik PKR mereka menolak apa juga yang  melibatkan kebenaran, apa juga yang melibarkan kepentingan mereka tercabar, mereka sanggup menggunakan apa juga kaedah untuk membohongi sesiapa juga demi kerakusan kuasa.

Sebelum ini, PR telah menyatakan pendirian bahawa mereka dengan sedar dan waras telah berikrar akan menentang habis habisan  perlaksanaan hudud dalam negara ini.
Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan secara sebulat suara kelmarin melibatkan 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas, 12 ADUN Barisan Nasional (BN) dan seorang ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bagaimanapun, DAP menerusi Penasihatnya Lim Kit Siang, Ketua Publisitinya Tony Pua serta Naib Presiden PKR N. Surendran memberi peringatan keras kepada PAS bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan sebarang cubaan untuk membentangkan usul rang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat akan ditentang. PAS sudah hilang roh dan semangat Islam mereka. Para pemimpin dan macai-macai PAS pula sedang bermasalah untuk mengekalkan kesombongan dan keangkuhan mereka. Taktik hudud yang cuba digunakan untuk mengenakan UMNO, Allah Taala terbalikkan kepada mereka, sekaligus menjadikan mereka tidak ubah seperti Tentera Ahzab yang diporak-perandakan oleh kehodohan perangai mereka sendiri.

Sekarang kita sedang melihat bagaiman kekecamukan sedang berlaku didalam PR, Allah sedang menghukum mereka dengan apa yang mereka lakukan sejak dahulu lagi. PAS terpecah kepada dua bahagan dimana PASMA telah wujud didalamnya yang mana  berpaksikan kepada Islam liberal dan sokongan PAS kian menurun dikalangan ahlinya juga.
PAS sebenarnya yang menjadikan hudud sebagai bahan politik mereka. Sehinggakan untuk memadankan muka UMNO, dikatakan yang DAP telah pun faham dan menyokong perlaksanaan hudud.

Hanya UMNO yang menjadi penentang. Lebih teruk lagi, bahkan sebenarnya amat keji ialah apabila para pemimpin dan penyokong-penyokong PAS cuba berijtihad kononnya hudud hanyalah hukuman untuk orang Islam, manakala orang bukan Islam pula akan terkecuali sepenuhnya daripada hukuman tersebut.

Dan yang paling malang lagi ialah apabila hudud dijadikan alasan untuk membebaskan kesalahan syarie  para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim dengan alasan hudud memerlukan saksi dan tanpa saksi, seseorang yang dituduh, akan bebas dan tidak perlu dihukum hanya memadai berjumpa dengan ulama mereka.

Penyelewengan begini dijadikan amalan dalam PR agar memudahkan mereka melakukan apa sahaja demi kepentingan politik  dan menggunakan agama sebagai perisai untuk menutup kesalahan yang mereka lakukan.

Sekarang telah jelas, PKR adalah dalang segalanya, PKR bukan sebuah parti yang boleh dipercayai, PKR adalah parti bertunjangkan nafsu serakah semata mata.


-PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.