Tuesday, March 24, 2015

#SENSASI : Di Sebalik Nama Raif "AVERROES" Putera Ketiga KJ

pilihanraya kini     10:49 AM    


Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin baru sahaja menyambut kelahiran putera ketiganya. Berita gembira tersebut diumumkan Ahli Parlimen Rembau ini di laman Twitter dan Instagram beliau.

Dalam twitnya, Khairy, 39 memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana isterinya, Nori Abdullah Badawi selamat melahirkan putera ketiga mereka yang diberi nama Raif Averroes.

Namun tidak ramai yang mengetahui disebalik nama 'AVERROES' putera ketiga KJ ini. 'Averroes' adalah nama Ibnu Rushd dalam bahasa latin. Ibnu Rushd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad (lahir 1126 dan meninggal dunia 1198) adalah ahli falsafah, perubatan, matematik, teologi, ahli fikah mazhab Maliki, astronomi, geografi dan sains.
Dilahirkan di Sepanyol dan meninggal dunia di Maghribi, beliau adalah ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas didunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes dan bapa kepada fahaman sekularisme.
Tahniah diucapkan kepada Khairy Jamaluddin.





0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.