Tuesday, March 24, 2015

Siapa LKS yang menubuhkan "Save Malaysia"

pilihanraya kini     10:15 AM    


Semalam Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyelar tindakan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang dilihat cuba menarik sokongan ahli Barisan Nasional (BN) melalui isu #hudud dengan menubuhkan gabungan baru 'Save Malaysia'selepas PAS bertegas untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II(hudud).

Siapa LKS yang menubuhkan "Save Malaysia" bukankah LKS juga yang menentang Perlembagaan yang ada sebelum ini....

MCA YANG HARUS NYATAKAN PENDIRIAN, BUKANNYA DAP - KIT SIANG

KUALA LUMPUR: MCA harus jelaskan pendirian mereka kerana membenarkan UMNO  menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 atau hudud, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. Beliau membalas ‘serangan’ Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menyelar DAP kerana menyokong PAS meskipun sudah mengetahui tentang pegangan parti itu yang memperjuangkan hudud sejak awal lagi.

“Yang harus jelaskan perubahan kedudukan mereka ialah MCA kerana membenarkan UMNO membelakangi dasar mereka dengan menyokong hudud di Kelantan.

“Pandangan DAP tidak pernah berubah.. setakat yang kita tahu, tidak berubah,” 

Kata ahli Parlimen Gelang Patah itu pada sidang media di lobi Parlimen pada Isnin. Dalam pada itu, beliau juga mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan pandangan UMNO tentang hudud.

Katanya kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kemusnahan bagi Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun kata Kit Siang, jika itu berlaku, sudah tiba masanya untuk sebuah gabungan baharu diwujudkan melibatkan kedua-dua parti termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Terdahulu, Tiong Lai hari ini menyelar tindakan Kit Siang yang dilihat cuba menarik sokongan ahli BN melalui isu hudud.

Katanya, Kit Siang sudah sedia maklum sejak awal bahawa sekutunya dari Pakatan Rakyat, iaitu PAS sememangnya ingin menubuhkan negara Islam, namun DAP tetap mempertahankan mereka. Semalam, dalam laporan The Star, Kit Siang telah mencadangkan pembentukan sebuah gabungan baharu yang dikenali sebagai "Save Malaysia" (Selamatkan Malaysia) yang terdiri daripada ahli politik pembangkang dan kerajaan.

Katanya matlamat gabungan tersebut adalah untuk memperjuangkan Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan undang-undang. Cadangan itu dipercayai tercetus akibat ketegangan yang berlaku daripada desakan PAS untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II atau hudud.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.