Tuesday, March 31, 2015

Tiga Pengarang The Malaysian Insider Ditangkap

pilihanraya kini     9:17 AM    



Ekoran artikel yang kontroversi minggu lepas berkaitan Hudud, polis menahan tiga pengarang portal The Malaysian Insider untuk membantu siasatan.

Tiga yang ditahan ialah Pengarang Urusan, Lionel Morais, Pengarang Rencana Bahasa Melayu dan Penganalisis Zulkifli Sulong dan Pengarang Berita Bahasa Melayu Amin Iskandar.

Khamis lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twiter beliau @KBAB51 memberitahu pihaknya akan memanggil Ketua Pengarang portal berkenaan berhubung artikel yang disiarkan.

MENARIK – Hudud : Majlis Raja-Raja Murka Dengan Artikel Fitnah Malaysian Insider

Portal berita itu memuatnaik artikel mengenai Majlis Raja-Raja menolak cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 semasa mesyuarat pada 11 Mac.

Bagaimanapun, Artikel tersebut yang memetik sumber-sumber berkata, penolakan terhadap pindaan Akta Persekutuan telah dibuat pada mesyuarat yang dihadiri oleh semua Raja-Raja Melayu atau wakil-wakil mereka.

Namun pada Khamis, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai hudud di Kelantan dan telah membuat laporan polis agar siasatan mengenai perkara itu dapat dijalankan.

Terdahulu pada pukul 6.30 petang semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyerbu pejabat portal berita itu.

-pru14.tv

1 comments :

Anonymous said...

Syabas pdrm.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.