Friday, April 10, 2015

#Atlantuya : Najib Tak Salah - Paklah

pilihanraya kini     8:47 PM    


Putrajaya: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak terbabit langsung dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibu.

Beliau, dalam satu kenyataan sebentar tadi, berkata pengesahan itu dibuat berdasarkan hasil siasatan rapi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang disampaikan kepadanya ketika memegang jawatan Perdana Menteri.

"Antara perkara yang dilapor kepada saya ketika saya menjawat jawatan Perdana Menteri ialah hasil siasatan kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shariibu.

Hasil siasatan rapi dan terperinci yang dibuat oleh PDRM dalam kes ini yang disampaikan kepada saya pada waktu itu mengesahkan Datuk Seri Najib Razak tidak terbabit langsung dalam kes berkenaan," katanya.

Berita Harian

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.