Tuesday, April 14, 2015

BR1M Dan Pendirian Tun M

pilihanraya kini     11:27 AM    



Pemberian BR1M merupakan satu bentuk pelaksanaan subsidi bersasar. Ia adalah hasil daripada langkah penyelarasan pemberian subsidi dengan mengubah dasar pemberian iaitu daripada subsidi pukal kepada bersasar. BR1M dianggap sebagai rahmat yang besar nilainya kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Disamping itu juga ianya dapat mengurangkan beban kewangan mereka dan menjana ekonomi secara langsung.
Namun perkara ini ditentang keras dan secara berterusan oleh Tun Mahathir yang seolah-olah lupa bahawa beliau bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.
Tun Dr Mahathir Mohamad has repeated his opposition to the government’s 1Malaysia People’s Aid (BR1M) policy, saying the cash assistance is given to ungrateful people. –Malaymail
Rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi pula tidak memenuhi syarat kelayakan untuk menerima BR1M. Mereka inilah yang dilihat bersuara cukup lantang mengkritik pemberian BR1M kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Pemberian BR1M dengan nilai RM650 adalah untuk kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. Malah, kerajaan turut memperluaskan bantuan kepada isi rumah berpendapatan bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan RM450.

Manakala bagi warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas layak juga layak menerima kenaikan BR1M dengan jumlah nilai yang sama. Orang bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah juga menerima kenaikan bantuan BR1M daripada RM250.00 kepada RM300.

Adakah Tun Mahathir dan golongan kaya tidak faham akan tujuan pemberian BR1M ataupun perasaan tamak telah menguasai diri mereka sehingga menidakkan “hak” orang lain?

Pemberian BR1M merupakan pemberian ‘one off’ yang bertujuan meringankan bebanan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah di negara ini. Ianya merupakan dasar yang cukup baik dan unik bagi memastikan pelaksanaan subsidi yang adil kerana pelaksanaan subsidi selama ini dilihat terdedah kepada pembaziran dan ketirisan. Malah, golongan yang tidak sepatutnya turut menikmatinya. Contohnya, setiap liter petrol RON95 ada subsidi sebanyak 63 sen turut dinikmati oleh pengguna kereta berkapasiti tinggi.

Hakikat inilah yang mendorong bantahan dari pihak yang berpendapatan tinggi. Mereka masih lagi tamak dan mahukan bantuan daripada kerajaan dalam bentuk seperti subsidi minyak walaupun diri mereka merupakan golongan yang kaya dan mampu menangani kos sara hidup.

Dan golongan ini jugalah yang mendapat tempat di hati Tun Mahathir. Beliau sanggup melabelkan penerima BR1M sebagai manusia yang tidak kenang budi. Bagaimana pula dengan golongan kaya dan pertengahan yang selama ini mendapat subsidi petrol dari kerajaan tetapi dengan angkuhnya mengkritik dan “menghentam” kerajaan dengan segala fitnah jahat mereka?Fikir-fikirkanlah.

Sebagai rujukan, rakyat juga perlu tahu bahawa kajian oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mendapati, di seluruh dunia manfaat subsidi petrol kepada rakyat mengikut pendapatan isi rumah adalah sangat regresif. Lebih 80 peratus manfaat subsidi petrol dinikmati golongan 40 peratus isi rumah berpendapatan tinggi. Manakala bagi diesel dan gas petroleum cecair (LPG) juga dinikmati oleh 40 peratus isi berpendapatan tinggi.

Penstrukturan semula subsidi memperkukuh kedudukan ekonomi negara di samping memastikan subsidi yang diberi kerajaan itu benar-benar dinikmati oleh kumpulan sasar. Walaupun begitu Kerajaan masih lagi memberikan subsidi bagi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, subsidi kadar elektrik bagi penggunaan RM20 ke bawah serta insentif hasil tangkapan nelayan dan hasil pengeluaran padi.

-PRU14.tv

7 comments :

Anonymous said...

BR1M menjahanamkan Negara.. tak guna bagi kalau ramai rakyat yg menganggur

Anonymous said...

sebenarnya apa yang tun mahathir hendak? adakah semata2 kerana br1m, 1mdb sahaja? atau br1m dan 1mdb hanya sebagai medium untuk menukar najib? kalau tun minta najib jawab secara telus pasal siapa arah sirul dan azilah bunuh altantuya, jawab kemana hilang duit bilion2 dalam 1mdb dan kenapa habiskan duit berbilion bayar br1m, tun juga wajib jawab apa yang ada dalam hatinya secara jujur juga.adakah tun marah sebab najib tidak sambung projek jambatan bengkok yang dibatalkan oleh paklah. atau sebenarnya tun mahu najib turun, tukar pm dummy dan kemudian naikkan mukhriz jadi pm sebelum beliau meninggal dunia? ini bukan fakta, cuma andaian sahaja sebab cara tun mahathir serang najib dah masuk episod lain macam. hingga kes mahkamah pasal altantuya dibunuhpun tun soal kepada najib. mungkin juga tun mahathir sudah tahu umurnya begitu lanjut dan mungkin masa untuk mengiringi tuan guru nik aziz dan lee kuan yew hampir sampai? juga masih andaian, sebab tun perlu jawab juga, macamana tun nak najib jawab soalan.

Anonymous said...

Br1m macam sudsidi tahunan yg diberi kepada rakyat. Begitu juga keperluan asas yg diberi oleh kerajaan indonesia kepada rakyatnya. Apa masalahnya kemakmuran negara dikongsi bersama org yg kurang bernasib baik. Org kaya mengaut keuntungan hingga menjadi billionare anak aiapa yg kaya d malaysia kerana mendapat projek dari kerajaan. Apakah mereka membantu rakyat miskin d negara ini. Yg kaya semakin kaya yg miskin terbiar tanpa pembelaan. Semacam mahathir jadi PM adakah beliau membawa pembangunan sama rata antara bandar dan kpg antara semenanjung dgn sabah dan sarawak. Apa yg kita lihat projek mega seperti lebuh raya byk dibuat di semenanjung. Sedangkan sabah dan sarawak byk menyumbang hasil dari segi ekonomi negara. Sudah tiba
Mereka mendapat peruntukan yg lebih untuk pembangunan apa yg sedah dijalankan oleh dato najib. Apakah malaysia kurang pekerjaan atau rakyat malaysia dipinggirkan kerana peluang2 di ambil oleh pendatang. Apalah guna d adakan pekerjaan kalau yg bekerja pendatang asing.

Anonymous said...

Teruskan BR1M..satu cara ber kongsi kekayaan ... semua rakyat yg layak ade akses untuk memohon... dan syabas ade juga rakyat yg layak menerima tetapi menolak kerana merasa cukup dengan apa yg ade ..inilah golongan yg bersyukur. Dan ade juga golongan yg tamak..menipu. tetapi ingatlah hilanglah keberkatannya.

Teruskan penambahbaikan dan semoga perkongsian kekayaan ini meringankan kehidupan mereka yg memerlukan terutama yg selama ini tidak pernah meminta2

Anonymous said...

BR1M baik utk rakyat tapi maksud tujuannya sukar difahami oleh sebahagian rakyat M'sia. Pemberian BR1M bukan bertujuan utk menampung perbelanjaan harian sebaliknya utk meringankan beban kewangan golongan yg disasarkan. Contohnya, BR1M 2015 sebanyak RM950.00 boleh membayar GST utk RM16,000.00 (RM1,320.00 sb)nilai barangan yg kena GST. Penerima BR1M patut muhasabah diri & bersyukur walaupun duit telah habis dibelanjakan utk pelbagai tujuan tapi nilai yg diterima itu mungkin cukup utk membayar GST sepanjang setahun.

Anonymous said...

Isunya sampai bila kerajaan mampu nak tampung pemberian BR1M ini kerana jumlah penerima makin meningkat, penipuan oleh orang-orang yang bekerja sendiri yang tak ada slip gaji pun banyak, ada kontraktor terima BRIM, ada orang yang ada kebun sampai berpuluh ekar pun terima BRIM, apa kejadahnya semua ini?

Malahan kes paling menarik dalam penipuan BRIM ini adalah isu Ketua MCA Bera yang turut menerima BRIM walaupun dia kaya raya, pendapatan bulannya lebih dari RM 5,000.00 pun dapat BRIM jugakah?

Pengurusan BRIM pun tunggang langgang, si penipu mudah sangat dapa BRIM, tapi orang susah macam-macam alasan permohonan ditolak, memang BRIM akan menjadi bom jangka yang akan memusnahkan Barisan Nasional jika diteruskan.

Kerana Najib 'membeli' sokongan rakyat dengan BRIM, bila dah tak mampu 'beli' sokongan dengan BRIM kelak, maka rakyat akan 'jual' sokongan mereka kepada parti lawan.

Ini kerana Najib dah ajar supaya sokongan hanya dengan wang ringgit, tak ada wang ringgit, tak ada sokongan.

Patutnya BRIM itu digunakan untuk kemajuan infrasturktur negara, pembangunan modal insan seperti memperbanyakkan sekolah kemahiran untuk melatih para pelajar lepasan UPSR yang tak minat akademik supaya kita punya ramai tenaga mahir untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 kelak.

Bukannya 'membeli' sokongan rakyat dengan wang ringgit yang hanya mampu bertahan beberapa hari sahaja.

Anonymous said...

Kemajuan infrastruktur akan menjadikan negara lebih maju kerana banyak pembangunan dapat dilakukan.

Hasil pembangunan akan memberikan peluang ekonomi kepada rakyat samada dalam perniagaan atau pekerjaan.

Rakyat akan terus beri sokongan kepada kerajaan kerana makan pakai, tempat tinggal serta kos sara hidup mereka mencukupi.

Malahan dengan pelaburan samada sektor domestik atau luar negara untuk membuat pembangunan terutama perkilangan, akan mendatangkan kutipan cukai yang besar kepada kerajaan sebagaimana di era Tun Dr. Mahathir dahulu.

Rakyat yang pandai berdikari kerana diajar 'memancing' dengan joran yang disediakan oleh kerajaan akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan dengan hanya sekali sahaja bantuan dari kerajaan.

Tetapi rakyat yang diajar diberi ikan setiap hari oleh kerajaan, bila kerajaan dah tak mampu nak beri ikan yang mencukupi atau sudah tak ada ikan yang nak diberi, maka rakyat akan marah kepada kerajaan dan akan tarik balik sokongan kepada kerajaan kerana mereka sudah susah dan tidak dapat ikan yang diberikan oleh kerajaan selama ini.

Najib memilih memberi ikan hinggan sokongan hanya diperolehi jika ada habuan itu dan ini macam BRIM, tak ada habuan itu ini macam BRIM itu, sokongan berpaling kepada parti lawan.

Macam Tun Dr. Mahathir pula, dia memberikan joran dan mengajarkan memancing kepada rakyat, kesannya rakyat dapat ikan dengan lebih banyak jika berusaha kuat dan rakyat akan terus sokong kerajaan walaupun hanya sekali kerajaan beri joran dan mengajar memancing sebab rakyat dah dapat apa yang dikehendakinya iaitu ekonomi yang mencukupi, keselamatan yang baik, kemudahan untuk kehidupan mereka.l

Nak buat sesuatu kena tengok semua aspek, jangan hanya terjah satu cara kononnya baik sangat, kesannya sangat buruk bila dah tak mampu nak kawal kelak.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.