Tuesday, April 28, 2015

Calon BN Permatang Pauh masuk kubu pakatan #PRKPermatangPauh

pilihanraya kini     5:46 PM    


Masuk hari ke empat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin terus mendekati pengundi akar umbi dengan turun padang termasuk di kawasan kubu pakatan pembangkang. 

Suhaimi yang ditemui selepas mendekati peniaga dan orang ramai di Pasar Awam Sama Gagah di sini, berkata beliau yakin dengan sokongan penduduk Permatang Pauh termasuk pengundi Cina. 

"Hingga hari ini saya sudah mendekati lebih kurang 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi Cina di kawasan Permatang Pauh terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya."

Penerimaan pengundi semakin baik dan saya berharap momentum ini akan berkekalan hingga ke hari mengundi," katanya. Beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong turut meluangkan masa hampir satu jam beramah mesra dengan orang ramai di pasar awam berkenaan.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.