Wednesday, April 29, 2015

EKSKLUSIF #PRKPermatangpauh : Klinik Desa Ini Diabai Anwar Selama Jadi Wakil Rakyat

pilihanraya kini     5:56 PM    


Sebelum Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi wakil rakyat di Permatang Pauh, suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya gagal menjaga kebajikan sejak menjadi Ahli Parlimen di situ sejak tahun 1982 lagi.

Sebuah Klinik Desa Kampung Pertama sudah semakin usang dan dan beberapa tempat di dalam klinik itu sudah pun reput gagal diperbaiki dan diperkemaskan oleh Anwar mahupun Dr Wan Azizah.


PRU14.tv membuat tinjauan ke klinik berkenaan selepas mendengar luahan penduduk di kampung berkenaan yang ternyata usang dan kelihatan semakin daif.

PANAS!! – Permatang Pauh Dihiasi Rumah-Rumah Daif Dan Usang

Hampir keseluruhan bahan binaannya dibuat daripada papan dan kawasan dihadapannya sudah pun bergenang dengan air lopak yang sentiasa bertakung anda hujan lebat sentiasa turun di kawasan itu.
Kakitangan klinik yang sedang bertugas memaklumkan, ada bahagian di dalam klinik sudah terlalu dimamah usia sehingga ia mungkin menjadi bahaya kepada para pesakit yang datang.

KlinikDesa_2 KlinikDesa_3 KlinikDesa_4

Mereka bukanlah mahu dibina satu klinik baru tetapi eloklah klinik yang ada diperelokkan dengan pemasangan penghawa dingin dan dicat semula bangunan klinik desa itu.
Berkenaan hawa dingin, jururawat yang enggan namanya didedahkan itu berkata keadaan di dalam klinik itu begitu panas jika pada waktu tengahari hingga menjadikan pesakit ada yang tidak selesa khususnya kanak-kanak.
“Kami tak minta, kami tak minta klinik baru, cat bagi lawa, bubuh “plywood” macam klinik swasta dan pasang ‘aircond’ untuk pesakit sudah, tak payah buat lawa-lawa.
“Kesian pada budak-budak, kalau pukul 11 mai nak cucuk pun kadang tak boleh, walaupun badan tak demam, suhu tinggi pun tak boleh cucuk,” kata jururawat itu.
Anwar biarpun semenjak tahun 1982 sudah mula menjadi Ahli Parlimen namun gagal membawa perkara berkaitan sebuah klinik desa berkenaan kepada kabinet namun membiarkan ia usang meniti masa sehinggalah negeri Pulau Pinang dikuasai Pakatan Rakyat.

Biarpun DAP menjadi Kerajaan Negeri di Pulau Pinang yang mana Anwar menjadi Ketua Pembangkang iaitu Pakatan Rakyat, nasib kebajikan klinik desa berkenaan masih belum terbela.
– PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.