Wednesday, April 15, 2015

#GST : Isian Semula Prabayar Ikut Akta GST - SKMM

pilihanraya kini     8:59 AM    



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan bahawa isian semula prabayar tertakluk kepada GST dan mematuhi Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Halim Shafie bagaimanapun berkata, nilai prabayar adalah sama dengan nilainya sebelum pelaksanaan GST cuma cukai itu ditambah kepada amaun prabayar.

"Saya telah diberi taklimat oleh telcos mengenai perkara ini. Sejak dari mula, perkhidmatan komunikasi tidak termasuk dalam senarai barangan yang dikecualikan atau zero rated daripada GST.

"Ia bermakna pengguna perlu membayar GST untuk perkhidmatan ini. Ini termasuk isian semula prabayar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu kata Dr Halim, keempat-empat pembekal perkhidmatan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja bersetuju dengan cara pelaksanaan GST keatas isian semula prabayar.

"Ia merupakan isu dibincangkan dalam mesyuarat yang berlangsung semalam di antara Jabatan Kastam dan wakil daripada keempat-empat pembekal perkhidmatan komunikasi," jelasnya.

Katanya lagi, bagi meringan beban terhadap pengguna, sebagai langkah peralihan, para pengguna yang mengisi semula RM5.00 ke atas akan mendapat nilai tambahan yang melebihi GST 6% yakni dalam bentuk minit dan mesej teks percuma.

"Tempoh peralihan bermula 3 April 2015 selama tiga bulan.

"Satu kajian akan juga dijalankan oleh pembekal perkhidmatan komunikasi bagi menilai sama ada pengguna cenderung kepada nilai isian semula yang lebih rendah dimana GST akan dikenakan.

Contohnya, isian semula RM10.00 boleh dijual pada harga RM10.60 (isian semula RM10 tambah GST 6%) atau RM10.00 (isian semula RM9.43 tambah GST 6%)," katanya.

Sementara itu ujarnya, pihak industri sedang bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta SKMM dalam membangunkan pakej jalur lebar yang lebih mampu dimiliki oleh rakyat.

"Pengumuman dijangka dibuat pada pertengahan bulan April," jelasnya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslanmenyarankan syarikat-syarikattelekomunikasi negara untuk menjalankan satu kajiselidik di kalangan pengguna tentang kad tambah nilai prabayar yang dikenakan GST bermula 1 April.


Astro Awani

2 comments :

Anonymous said...

sebelum 1 april, sst tidak dibayar oleh telco kepada kerajaankah? kenapa ini tidak disebut. bila gst diimplimenkan mulai 1 april bermaksud menggantikan sst dengan gst. golongan marhein hanya faham formula berikut bagi pelaksanaan gst. harga barang - sst + gst = harga perlu dibayar.
jika formula ini salah, maknanya ada something wrong dalam proses kerajaan mengutip cukai.

Anonymous said...

Nilai gst yg dikenakan pg pengguna prabyar mesti dihapuskan!
Prabayar adalah keperluan asas rakyat terutama berpendapatan rendah. Caj TM bg talian tetap yang cukup mahal tidak dikawal krjn, dan skrg prabayar pula dicajkan cukai pada pengguna? Kenapa dulunya sst cukai boleu diserap tp 6% gst dilambung pada pengguna. Celakalah puak2 penggubal undang2 bagininyang zalim. Termasuk Kastam yg merupakan LANUN terhormat.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.