Saturday, April 18, 2015

Hassan Arifin Calon BN di #PRKRompin

pilihanraya kini     9:21 PM    



ROMPIN, 18 April – Barisan Nasional (BN) menamakan pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin Datuk Hasan Arifin, 62, sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 5 Mei ini.

Pemilihan bekas timbalan Menteri Besar Pahang itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon dan penyerahan watikah di Pusat Operasi Jentera BN, Muadzam, di sini Sabtu.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, bagi menunaikan tanggungawab yang menuntut kepada gerak kerja yang lebih kuat, BN mengetengahkan tokoh politik yang berpengalaman dan tidak asing lagi bagi penduduk Rompin.

“Pucuk pimpinan parti telah memutuskan Hasan paling sesuai dan layak untuk bertanding mewakili BN di Parlimen Rompin atas banyak faktor, salah satunya pengalamannya cukup banyak dalam urusan parti dan pentadbiran kerajaan, katanya.
-Bernama

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.