Wednesday, April 15, 2015

#HUDUD : PAS Seharusnya Bertindak Mengajar DAP Agar Menghormati Islam

pilihanraya kini     12:25 PM    


Pakatan Rakyat (PR) dijangka akan berpecah disebabkan  wujudnya ketidaksefahaman antara PAS, DAP dan PKR berhubung isu pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang diluluskan Khamis lalu.

Jangkaan ini dibuat berdasarkan beberapa kenyataan yang dibuat oleh pimpinan DAP berhubung isu berkenaan. Tolak menolak sedang berlaku didalam Pakatan diantara PAS dan DAP.Kepimpinan DAP tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh rakan komponen mereka PAS dalam hal perlaksanaan hudud di Kelantan yang mana dikatakan akan memecahkan  sokongan penyokong terhadap Pakatan.

Petunjuk yang memperlihatkan PR  terutama DAP sedang menyisihkan PAS dalam pakatan berkenaan kerana DAP atau PKR tidak boleh mengeluarkan PAS dengan sewenang-wenangnya. Dengan demikian langkah yang dilambil oleh DAP ialah dengan memulaukan penglibatan Hadi dalam Pakatan.

Perpecahan PR hanya akan berlaku sekiranya PAS  atau DAP mengumumkan untuk keluar daripada PR ataupun tindakan yang sama dilakukan oleh DAP tetapi  jika kita  melihat secara terperinci agenda perjuangan PAS dalam Islam .

PAS akan mengambil tindakan yang drastic dan akan membelakangkan perjanjian mereka dengan Pakatan dalam isu hudud dan mengenepikan visi menumbangkan BN dan mengutamakan perlaksanaan hudud  sebagai  langkah kembali kerlandasan perjuangan mereka yang asal.

Masa depan antara ketiga-tiga parti dalam PR yang dilihat mengalami keretakan selepas pindaan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Pimpinan PR dilihat telah berbincang mengenai perkara berkenaan dan mungkin ia adalah strategi mereka untuk memperlihatkan ketidaksefahaman itu di hadapan musuh politik mereka. Secara realitinya perpecahan PR  terpaksa dilakukan oleh PAS jika ia lebih mengutamakan agenda Islam  dan tidakan selanjutnya ialah DAP akan mengecilkan sokongan PAS terhadap Hudud tetapi memberikan sokongan terhadap Pasma.

Sekiranya PAS yang memiliki 15 kerusi DUN keluar daripada PR, mungkin mereka akan bergabung dengan UMNO yang mana akan menjadikan jumlah kerusi keseluruhannya sebanyak 27 kerusi DUN dengan satu lagi kerusi bebas. Ini lah yang amat ditakuti oleh DAP dan PKR sekarang.

Tetapi DAP dan PKR hanya memiliki 28 kerusi DUN dan mungkin akan berlaku usaha untuk menarik wakil rakyat PKR untuk memihak kepada PAS dan UMNO bagi mendapatkan majoriti mudah.

Perpecahan tersebut sebenarnya amat diharapkan oleh orang Melayu  yang inginkan perpaduan diantara PAS dan UMNO bagi menguatkan suara Melayu dalam politik negara ini. Dan ianya akan merumitkan keadaan dalaman PR dan sukar sama sekali untuk memujuk PAS semula setelah penghinaan demi penghinaan dilakukan oleh DAP terhadap Hadi Awang.

-PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.