Monday, April 13, 2015

Isu Pelajar UiTM Di Saran Masak Sendiri, Tak Makan Luar, Elak #GST : Ini Penjelasan Ahmad Maslan

pilihanraya kini     11:19 AM    


Kalau tak tabur fitnah bukan pencacai namanya. Sendiri reka pembohongan lepas tu burukkan orang lain. Entah berapa ramai yang kena tipu dek permainan dajal-dajjal tukang penyebar fitnah. Namun perbuatan jahat mana nak berkat dan bertahan lama. Akhirnya terkantoi jua 

Sebab itulah kita diminta berwaspada dengan fitnah-fitnah akhir zaman yang disebarkan oleh golongan penabur fitnah.

Kita tidak boleh mempercayai apa jua cakap mereka. Tepatlah sepertimana firman Allah s.w.t;

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Dosa membuat fitnah pembohongan dan menjadi batu api menyebarkan fitnah itu sama dosanya dengan membunuh. 

Maka setiap hari puak-puak pencacai terus mencipta dosa dengan membunuh manusia. Mungkin bagi mereka hanya dengan menyokong sesebuah parti berlabel Islam maka terhapuslah dosa-dosa mereka.

Memberi sedekah karung plastik terhapuslah dosa-dosa mereka ibarat gugurnya helaian-helaian daun ke bumi.


Tak pasal-pasal kita membuat dosa mengutuk, memfitnah dan menyebarkan kebencian sesama manusia. 

Inilah yang diinginkan dajal-dajjal perosak akhir zaman. 

Mereka membunuh maruah dan imej seseorang kerana mereka sendiri sudah gelupur segala pembohongan mereka terhadap rakyat dan pengguna terdedah satu persatu.

Metro Ahad 12 April 2015 ms 38 - Menteri cakap lain mereka spin lain lepas tu ajak orang kutuk ramai-ramai...sah mereka pencacai dan dajjal akhir zaman

Kami mahu cadangkan kepada pihak yang berwajib agar setiap rakyat yang memberikan maklumat hingga tertangkapnya para peniaga yang menipu pengguna berhubung caj GST diberi ganjaran dan imbuhan matawang.

Jika para peniaga yang menipu boleh dikompaun RM200,000.00 atas kesalahan menipu pengguna, apalah sangat kiranya 1% minima atau RM2,000.00 dari jumlah hasil denda tersebut diberikan kepada pengguna yang bijak dan prihatin tersebut. 

Kalau nak bagi banyak pun lagi bagus...

Kerajaan perlu memikirkan cadangan ini jika mahu rakyat bersama-sama membenteras penyelewengan peniaga curang yang memeras wang rakyat dengan cara yang zalim ini.
Dalam masa yang sama siarkan siapa peniaga yang menipu itu, blacklistperniagaan mereka dan rekodkan sebagai penjenayah ekonomi. Sudah masanya kita melancarkan jihad ekonomi membantu rakyat yang tertindas.

Sebabnya mereka mengumpul kekayaan bergenerasi lamanya dengan cara menipu dan menzalimi rakyat tetapi masih lagi merungut tak dapat itu ini walaupun kononnya dah bayar begitu banyak cukai.

Walhal selama ini golongan mereka inilah yang banyak lari dari cukai. Mujur ada GST baru kita tahu selama ini kita ditipu bulat-bulat oleh golongan peniaga korup yang 'berjaya' kononnya pandai dan rajin berniaga.


Aku masa student UiTM dulu duduk kat luar pun lebih suka masak sendiri dengan member-member. Tambahan lagi bila hujung-hujung bulan atau semasa bulan Ramadhan...best ooo.

So apa masalahnya jika Pak Menteri suruh student UiTM yang dok kat rumah sewa mereka di luar belajar memasak sendiri? Dia tak suruh pun student pi masak dalam dorm asrama!

-mymassa

1 comments :

Anonymous said...

Macai... menteri cakap ayat cam tu pon ko bole backup. siap gtaw penah masak ms kat uitm bagai. bijak sgt camni la jwb dia

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.