Friday, April 10, 2015

Jangan Biadap Nga Kor Ming!

pilihanraya kini     11:45 PM    

TAIPING: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, melalui peguamnya menuntut agar Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming membuat permohonan maaf kepada Perdana Menteri dalam tempoh 48 jam bermula pada hari ini.

Tindakan itu diambil berikutan kenyataan bergambar yang dimasukkan oleh Ahli Parlimen itu di laman sosial facebook milik beliau pada 29 Mac lalu yang bertulis ‘Siapa PM M’sia Yang Sebenar? Jawab!’.

Kenyataan bergambar itu turut menerima 3699 ‘Likes’ dan 2366 perkongsian oleh pengguna laman sosial berkenaan.

Menurut peguam, Nur Shafiqa Balqish Jaffri dari Firma Hafarizam Wan & Asha Mubarak, notis tuntutan maaf itu dilakukan berikutan kenyataan dan tindakan yang ditunjukkan oleh Nga Kor Ming seperti satu cubaan berbaur menfitnah.

“Kenyataan itu dilihat seolah menyifatkan Datin Seri Rosmah yang mengarahkan Datuk Seri Najib dalam memerintah negara,” katanya dalam sidang media petang tadi.

Tambahnya lagi, jika masih tiada sebarang permohonan maaf dibuat dalam tempoh yang diberikan, tindakan selanjutnya akan diambil pihaknya terhadap Ahli Parlimen Taiping itu.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.