Tuesday, April 7, 2015

Krtikan Tun Mahathir Di Blog Boleh Kelirukan Rakyat

pilihanraya kini     10:30 AM    


KUALA TERENGGANU –Meja rundingan lebih baik daripada mempersoalkan dan mengkritik sesama sendiri secara terbuka.
Ahli Dewan Negara, Senator Toh Puan Zaitun Mat Amin berkata, tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui blognya boleh memberi kesan negatif sekiranya tindakan menegur dilakukan secara tidak berhemah.
Menurutnya, kedua-duanya mempunyai pengaruh tersendiri dan tindakan Dr Mahathir mendedahkan secara terbuka seolah-olah berlaku kelemahan dalam kepimpinan Najib tidak menunjukkan kematangan apatah lagi beliau sebagai tokoh negarawan sepatutnya perlu bertindak lebih berhemah dalam memberi teguran.
“Sebaik-baik cara adalah perundingan, kalau tidak, tidak selesai masalah. Ia bukan beri kebaikan malah sebaliknya.
“Nasihat menasihati bukannya melalui media, Twitter, Facebook, blog dan sebagainya. Keadaan ini akan membuatkan rakyat keliru,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Dr Mahathir melalui artikel bertajuk Umno dan PRU14 di blog chedet.cc memberitahu bahawa rakyat sudah tidak percaya lagi terhadap Najib.
Beliau berkata, ramalan yang dibuat masyarakat kini ialah Umno dan BN akan kalah pada PRU14 kerana terlalu banyak tuduhan dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab oleh beliau.
Mengulas lanjut, Zaitun yang juga Setiausaha Wanita Umno Terengganu menyifatkan Dr Mahathir sebagai seorang ayah dan sepatutnya memberi nasihat dengan cara baik kepada anaknya.
Jelasnya, tindakan berhemah yang diambil dalam menangani sesuatu isu akan memperlihatkan kedua-dua pemimpin lebih bijak dan dihormati di mata rakyat selain mengelak sebarang kekeliruan.
Apa yang penting katanya, Najib turut menyambung misi kepimpinan Dr Mahathir sebelum ini, antaranya Wawasan 2020.
Bagaimanapun katanya, keadaan tersebut berkemungkinan boleh membantutkan usaha baik yang sedang dirancang dan dilaksanakan kerajaan jika Dr Mahathir terus menerus mengkritik kepimpinan Najib.
-TV14

6 comments :

Anonymous said...

Patutnya artikel sebenar adalah Sikap Najib Yang Tak Memberikan Penjelasan Boleh Mengelirukan Rakyat, itu baru betul.

Sebabnya Najib tak jawab isu yang diutarakan, itu masalah utamanya, kalau Najib menjelaskan dengan teratur dan jujur, isu ini tak akan timbul.

Ramai pecacai yang sedang mencari peluang untuk bergayut di sekeliling Najib yang mereka nampak sedang bawa banyak pisang, masing-masing seperti beruk mat yeh yang pelahap yang sedang menunggu pisang ditabur ke tanah untuk dikerumun sesama mereka.

Kepada para jemuan dungu dan blogger bangang belaan Najib, sila jawab persoalan di bawah ini jika kamu di pihak yang benar.

1. Apakah motif yang memerlukan Sirul Azhar dan Azilah Hadri membunuh Altantuya?

2. Mengapakah dana RM 2 bilion yang dikatakan dah dikeluarkan dari pelaburan di Cayman Island disimpan di Singapura tetapi tidak disimpan di Malaysia, apakah Malaysia ini tidak punya bank untuk menyimpan dana berkenaan? Apakah 1MDB tak percaya dengan keupayaan bank-bank tempatan termasuklah bank yang kerajaan punya pegangan seperti Maybank, CIMB (bos besarnya adik Najib sendiri), Agrobank, Bank Islam, Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat dan lain-lain bank swasta milik Malaysia, apakah 1MDB memandang rendah terhadap keupayaan bank-bank tersebut menyimpan dana sebanyak RM 2 bilion itu? Ataupun itu semua hanyalah sandiwara kerana tidak pernah wujud pun RM 2 bilion yang dinyatakan itu, diberi alasan di Singapura untuk elakkan perkara ini terbongkar. Harapnya Ketua Audit Negara yang akan buat siasatan audit akan menyemak akaun di Singapura itu, bank apa, bila dimasukkan wang itu, dah tinggal berapa sekarang ini.

3. Apakah status RM 2 bilion yang diberikan oleh Ananda Krishnan kepada 1MDB? Ini kerana menurut sumber para jemuan dan blogger bangang belaan Najib, itu bukannya pinjaman, apakah sebenarnya status RM 2 bilion itu, apakah sedekah kepada pengemis dan 1MDB dah jadi pengemis?

Sila jawab persoalan itu, jangan hanya tau merapu dan meracau tak tentu hala sahaja.

Anonymous said...

Kepada PRO - Najib

Bila Najib jadi Perdana Menteri , CINA - CINA dan orang kafir naik tocang.
Islam dan Melayu di HINA di tahap yang parah.
Apa yang Najib lakukan ?

Ingat kesilapan besar Najib adalah memansuhkan ISA.

Ingatlah Pro-Pro Najib , CINA-CINA dan kafir tidak berani menhina Islam dan Melayu pada zaman Perdana Menteri yang sebelum nya

kluangman said...

Aku cadangkan senator pompuan ini dilanjutkan lagi 2 tahun sebab cekap dalam kerja membodek dan menegakan benang yang basah.

kluangman said...

Mahathir telah mengadakan beberapa rundingan dan akhirnya Najib menghantar orang meeminta dia diam. - biadap betul.

Mahathir dedahkan di blognya dan disambut oleh semua media. Siapa yang keliru ? Senator makan gaji buta ke rakyat ?

Anonymous said...

Betul tu, Tun Dr. Mahathir hanya meminta Najib menjelaskan apa yang yang diutarakan, bukannya disuruh menjelaskan dalam bahasa beruk, jelaskan dalam bahasa Melayu ke, Bahasa Inggeris ke, yang orang faham, Najib ni dah tak reti berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeriskah?

Lawak bila dengar komen dari para jemuan dungu dan blogger bangang belaan Najib yang memberikan cerita dongeng seperti mereka menyokong Najib sebab sayangkan parti dan negara sedangkan apa yang dibuat oleh Najib hanya menjahanamkan parti dan menghancurkan negara.

Mereka kata mereka dah dengar penjelasan panjang lebar berjela-jela dari Najib mengenai 1MDB, mereka kata dah faham sangat, sangatlah faham akan 1MDB ini, tetapi mengapakah mereka tidak menjelasakan isu-isu berkaitan 1MDB seperti berikut:

1. Mengapakah dana RM 2 bilion yang dikatakan dah dikeluarkan dari pelaburan di Cayman Island disimpan di Singapura tetapi tidak disimpan di Malaysia, apakah Malaysia ini tidak punya bank untuk menyimpan dana berkenaan? Apakah 1MDB tak percaya dengan keupayaan bank-bank tempatan termasuklah bank yang kerajaan punya pegangan seperti Maybank, CIMB (bos besarnya adik Najib sendiri), Agrobank, Bank Islam, Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat dan lain-lain bank swasta milik Malaysia, apakah 1MDB memandang rendah terhadap keupayaan bank-bank tersebut menyimpan dana sebanyak RM 2 bilion itu? Ataupun itu semua hanyalah sandiwara kerana tidak pernah wujud pun RM 2 bilion yang dinyatakan itu, diberi alasan di Singapura untuk elakkan perkara ini terbongkar. Harapnya Ketua Audit Negara yang akan buat siasatan audit akan menyemak akaun di Singapura itu, bank apa, bila dimasukkan wang itu, dah tinggal berapa sekarang ini.

2. Apakah status RM 2 bilion yang diberikan oleh Ananda Krishnan kepada 1MDB? Ini kerana menurut sumber para jemuan dan blogger bangang belaan Najib, itu bukannya pinjaman, apakah sebenarnya status RM 2 bilion itu, apakah sedekah kepada pengemis dan 1MDB dah jadi pengemis?

Ada jemuan dungu belaan Najib yang bagi komen pasal Ananda beri 'sedekah' RM 2 bilion itu sebab saja-saja bagi, kononnya tak luak pun harta Ananda dengan pemberian 'sedekah' sebanyak RM 2 bilion itu, apakah kita boleh terima penjelasan sebegini? Terlalu cincai dan ternyata mereka ini hanya membuat cerita palsu untuk membela segala permasalahan yang dibuat oleh Najib itu.

Anonymous said...

Betul cakap hang. Kalau dah tegur suruh jawap, jawaplah. Apa nak takut? Belajarlah dengan Tun Mahathir cara nak berdepan dengan situasi. Gentleman. Setakat ni Tan Sri Khalid Ibrahim yang boleh buat macam Tun Mahathir. Solve problem terus. Bukan lari sembunyi. PKR yang bodoh buang orang macam Tan Sri Khalid.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.