Tuesday, April 7, 2015

Kumpulan Majoriti Senyap Terus Sokong Pimpinan Negara : Najib Razak

pilihanraya kini     11:30 AM    



KUALA LUMPUR 6 April – Kumpulan majoriti senyap terus menyokong kepimpinan negara walaupun beberapa ekstremis cuba memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau percaya bahawa majoriti senyap dalam kalangan rakyat tidak mudah terpengaruh dan percaya dengan apa sahaja agenda atau isu yang dibangkitkan oleh kumpulan ekstremis.
“Hanya sesetengah pihak seperti golongan ekstremis cuba mensensasikan isu-isu kecil dan memecahbelahkan kita. Kita tidak perlu tunduk kepada elemen negatif mereka.
“Kita harus ingat, integrasi dan perpaduan dalam kalangan kumpulan majoriti akan meletakkan Malaysia berada dalam keadaan yang harmoni, kukuh dan stabil pada tahun-tahun mendatang,” katanya pada sambutan Rumah Terbuka Ugadi di Dataran Merdeka di sini, pada Ahad.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan, Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia Tan Sri M.Kayveas dan bekas Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu.
Perdana menteri berkata kerajaan sentiasa komited dalam mengekalkan dan melindungi kesejahteraan semua masyarakat di negara ini.
Mengenai masyarakat India di Malaysia, Najib berkata kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka walaupun adanya beberapa masalah dan cabaran dalam proses mencapainya.
“Saya harus akui bahawa masih ada masalah dan cabaran yang dihadapi masyarakat ini yang memerlukan perhatian daripada kerajaan,” kata beliau.
Najib berkata kerajaan telah mengumpul input dan pendapat daripada setiap pihak dalam masyarakat India untuk meningkatkan taraf hidup mereka bagi dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.
Menurutnya kerajaan juga sentiasa mengakui inisiatif yang diambil oleh organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam melindungi kesejahteraan masyarakat.
“Kami mendengar suara dan pendapat yang dapat membantu kami. Itulah sebabnya kita membantu mereka dengan memperuntuk bantuan kewangan,”katanya.
Ugadi adalah perayaan tahun baru bagi masyarakat Telugu dengan perkataan “Yuga” bermaksud era dan “adi” bermaksud permulaan dalam bahasa Sanskrit.
Lebih 1,000 orang menghadiri sambutan Rumah Terbuka Ugadi itu yang dianjurkan oleh Persatuan Telugu Malaysia. – Rakyat News

3 comments :

Anonymous said...

Bukan majoriti senyap...majoriti keliru dan tiada pilihan takut negara makin hancur dan bakal di warisi anak cucu

Anonymous said...

Menyokong konon, mereka inilah yang memberikan maklumat palsu kepada Najib hingga Najib menjadi syok sendiri tak tentu hala mempercayai dongengan yang dikutip dari lubang jamban mana entah yang mengatakan bahawa Najib mendapat sokongan ramai.

Jemuan dungu ini hanya tau bodek sahaja, kerana hakikat sebenar, di peringkat akar umbi masyarakat, isu GST dah jadi isu panas yang akan memudaratkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dalam PRU 14 kerana ramai rakyat tertekan dengan kenaikan harga barangan yang melampau, malahan akar umbi UMNO sendiri dah mula mencebikkan muka dengan isu-isu yang membelenggu Najib sekarang ini.

Sedarlah jika akar umbi UMNO sendiri dah menolak Najib, apa lagi yang hendak diautakan? Malahan yang hadir masa program itu pun, dah diaturkan, suruh jemuan dungu belaan cari, paksa ketua kampung, pengerusi JKKK cari orang, bawa naik bas lepas tu mengaku kata mendapat sokongan ramai.

Auta sahaja lebih.

Anonymous said...

Sila jawab persoalan di bawah ini jika kamu di pihak yang benar.

1. Apakah motif yang memerlukan Sirul Azhar dan Azilah Hadri membunuh Altantuya?

2. Mengapakah dana RM 2 bilion yang dikatakan dah dikeluarkan dari pelaburan di Cayman Island disimpan di Singapura tetapi tidak disimpan di Malaysia, apakah Malaysia ini tidak punya bank untuk menyimpan dana berkenaan?

3. Apakah status RM 2 bilion yang diberikan oleh Ananda Krishnan kepada 1MDB? Ini kerana menurut sumber para jemuan dan blogger bangang belaan Najib, itu bukannya pinjaman, apakah sebenarnya status RM 2 bilion itu, apakah sedekah kepada pengemis dan 1MDB dah jadi pengemis?

Isu pertama adalah apakah Razak Baginda tu ada kuasa yang begitu besar hingga boleh mengarahkan Pengawal Keselamatan seorang Timbalan Perdana Menteri untuk melakukan pembunuhan bagi pihaknya? Malahan arahan itu diberikan bukannya kepada Konstabel, tetapi seorang pegawai kanan polis berpangkat Ketua Inspektor dan seorang koperal. Logikan ini semua?

Jika Razak Baginda yang mengarahkan pembunuhan itu, mengapakah dia tidak didakwa di mahkamah tetapi dibebaskan sedangkan semua tuduhan dihentam kepada kedua-dua polis berkenaan. Mengapakah boleh terjadi sebegini? Hakim dan penyiasat yang buat siasat tu buta kayukah membuat keputusan sebegini atau ada arahan tertentu yang campur tangan dalam isu ini.

Dalam isu kedua, RM 2 bilion disimpan di Singapura itu memanglah tak salah, tapi apahal disimpan di Singapura? Adakah sudah tak ada bank di Malaysia ini yang boleh menyimpan dana itu? Apakah 1MDB tak percaya dengan keupayaan bank-bank tempatan termasuklah bank yang kerajaan punya pegangan seperti Maybank, CIMB (bos besarnya adik Najib sendiri), Agrobank, Bank Islam, Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat dan lain-lain bank swasta milik Malaysia, apakah 1MDB memandang rendah terhadap keupayaan bank-bank tersebut menyimpan dana sebanyak RM 2 bilion itu? Ataupun itu semua hanyalah sandiwara kerana tidak pernah wujud pun RM 2 bilion yang dinyatakan itu, diberi alasan di Singapura untuk elakkan perkara ini terbongkar. Harapnya Ketua Audit Negara yang akan buat siasatan audit akan menyemak akaun di Singapura itu, bank apa, bila dimasukkan wang itu, dah tinggal berapa sekarang ini.

pakah sebabnya Ananda nak berikan begitu sahaja RM 2 bilion itu? Kalau sekadar jiwa besar, apahal tak beri kepada negara sahaja, beri kepada negara untuk memajukan infrastruktur bagi kemudahan masyarakat, pasal apa perlu diberikan 1MDB yang pada masa yang sama mempunyai masalah hutang yang juga berjumlah RM 2 bilion juga?

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.