Friday, April 17, 2015

LHDN Harus Siasat Pendapatan Anwar, Bukan SPRM Sahaja

pilihanraya kini     9:19 AM    


PADA sekitar tahun 2012, blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) pernah mendedahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memerlukan dana sekitar RM600 juta untuk merealisasikan angan-angannya merampas Putrajaya. “Tanpa RM600 juta, PKR akan mati dan Anwar perlu melupakan sahaja cita-cita yang amat mendalam untuk menjadi Perdana Menteri,” demikian bunyi tulisan RPK.
Dalam blognya itu, Anwar didakwa ada menyembunyikan berbilion asetnya di luar negara.

MENARIK – SPRM, Elok Siasat Keluarga Anwar Atas Dakwaan Akaun-Akaun Rahsia

Dakwaan berkaitan pendapatan dan dana Anwar ini bukan sahaja datang dari satu pihak malahan dari pelbagai pihak termasuk dakwaan beliau mempunyai akaun di bank di Israel.
RPK turut mendedahkan Anwar ada bertengkar dengan seorang taikun Cina Datuk John Soh Chee Wen.

“Apabila mereka akhirnya bertemu, Anwar dan John Soh mula bertengkar. Apabila Anwar berkata John Soh harus dipersalahkan kerana kegagalan 16 September, John Soh membidas.

“Jika awak begitu yakin rancangan awak berjaya mengapa awak tidak membiayai dengan WANG awak sendiri? Pulangkan semula beberapa bilion WANG yang awak sembunyikan di luar negara dan bayar (balik) RM300 juta (yang telah dilaburkan) dari poket awak sendiri!,” menurut RPK.

Menurut laman blog mindaaidc.com, John Soh bukan sekadar penaja kepada PKR malah dianggap sebagai pakar strategi hala tuju parti itu. Bagi bekas Setiuasaha Politik Anwar, Ezam Mohd Noor, duit dan wang bukanlah masalah bagi Anwar kerana beliau sudah mempunyai segala-galanya.

“Duit bukan perhitungan bagi Anwar..Sebab dia sudah ada segala-galanya..Segala keputusan..pergerakannya, sama ada di sini atau di negara lain..Amerika Syarikat..ianya bukan berasaskan persoalan duit, tetapi berasaskan persoalan politik. “Orang yang boleh buat rumah setelah keluar penjara..rumah yang bernilai 7 juta ringgit..apakah duit menjadi persoalannya..tidak!

“Itu rumah yang kita tahu..kita tidak tahu lagi berapa banyak lagi rumah-rumahnya di tempat-tempat lain..Duit tidak pernah menjadi faktor Anwar..sebab dia ada segala-galanya..lebih daripada cukup.. pergerakannya atas agenda politik dan saya yakin ianya atas kepentingan agenda politik Zionis,” kata Ezam yang turut dimuatkan di dalam blog berkenaan.

Seorang kolumnis, Free Malaysia Today Clare Rewcastle Brown pernah melaporkan bahawa Anwar ada memberi ceramah di London pada 2011 mewakili Yayasan Al Gore iaitu bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Pastinya ada kaintan antara Anwar dan yayasan yang pro-Israel itu.

Selain Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menyiasat dakwaan dan jumlah pendapatan Anwar yang cukup meragukan, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga diminta menyiasat kekayaan luar biasa Anwar. Untuk rekod, tiada satu pun dakwaan berkaitan akaun-akaun rahsia berkaitan Anwar dengan jumlah berbilion ini sudah dijawab atau dinafikan oleh pihak Anwar sendiri.

– PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.