Tuesday, April 7, 2015

MKN Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Yaman

pilihanraya kini     9:33 AM    


KUALA LUMPUR, Sejumlah 156 rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Yaman semalam berikutan pergolakan di negara itu, dijangka berlepas pulang ke tanah air mulai Isnin.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata pihaknya telah memulakan usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara bergolak itu.
“Semalam seramai 156 orang rakyat Malaysia, tujuh rakyat Thailand dan enam dari Singapura telah dibawa keluar bersama (oleh kerajaan) Malaysia. Filipina juga menyertai (usaha) Malaysia dimana 80 orang rakyat mereka ikut kita sampai ke Hudaidah.
Dari Hudaidah mereka akan ikut program evakuasi kedutaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas Ahad malam.
Katanya rakyat Malaysia kini dalam perjalanan ke Jeddah dan dijangka akan berlepas ke Kuala Lumpur mulai Isnin.
Kesemua pelajar terlibat adalah dari Sanaa, Hudaidah dan Zabit. BERNAMA

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.