Monday, April 13, 2015

Jose Mourinho Berang Dengan Van Gaal : ManU 4 VS ManC 2 #VIDEO

pilihanraya kini     4:14 PM    



Louis van Gaal menganggap kejayaan membenam Manchester City 4-2, di Old Trafford, awal pagi tadi sebagai hadiah buat peminat setia kelab itu. 

Kemenangan menyaksikan United kini memiliki kelebihan empat mata di depan musuh tetangganya, City yang berada di kedudukan keempat dan dilihat bersedia untuk kembali ke kempen Liga Juara-Juara Eropah, musim depan ketika saingan berbaki enam perlawanan. 

Tampil kurang menyengat di awal musim menerusi prestasi terumbang ambing, United bangkit sejak beberapa minggu lepas dengan menewaskan Tottenham, Liverpool dan kemenangan ke atas City dinilai Van Gaal hadiah bermakna buat peminat kerana kesabaran yang ditampilkan mereka. "Saya amat gembira kerana peminat ketika ini amat gembira dan kami bermain untuk mereka. 

video


Peminat kami tidak sentiasa mendapat keputusan yang baik kerana kami bermula dengan amat buruk. "Namun mereka masih menyokong, dan kini ia semakin mendatangkan hasil. Adalah hebat untuk menjadi penyokong Manchester United ketika ini," kata pengurus kelahiran Belanda itu. 

United ketika ini menduduki tangga ketiga liga selepas mengumpul 65 mata dan hanya dibezakan dengan satu mata berbanding Arsenal di kedudukan kedua manakala Chelsea gah di puncak liga dengan 73 mata. "Kami ketika ini memiliki kelebihan empat mata dengan pasukan di tangga keempat dan saya amat gembira untuk semua peminat kerana saya dapat melihat betapa besar maknanya ia kepada mereka jika keputusan tidak begitu baik," kata Van Gaal. 

Skuad bimbingan Van Gaal ketika ini memenangi keempat-empat perlawanan terakhir menentang Tottenham, Liverpool, Aston Villa dan City sejak disingkirkan Arsenal pada separuh akhir Piala FA. "Kami melakukan langkah yang besar dalam enam perlawanan terakhir namun kekalahan kepada Arsenal amat sukar buat pasukan saya untuk bangkit selain mengekalkan keyakinan serta falsafah. 

"Pujian kepada semua pemain kerana mereka perlu melakukan segala jangkaan peminat," katanya. 

Sumber -BH


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.