Tuesday, April 28, 2015

Panas! SPR Arah PASMA Turunkan Kain Rentang #PRKPermatangPauh

pilihanraya kini     4:38 PM    


BARU hendak bernafas, bilik gerakan yang dibuka oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) di bandar Perda telah dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Beberapa orang pegawai SPR tiba di bilik gerakan yang terletak bersebelahan Stesen minyak Petronas itu dan mengarahkan agar petugas yang menjaga premis itu menurunkan kain rentang PASMA yang dipasang di belakang khemah berkenaan.

Ketua Penerangan PASMA Pulau Pinang, Nasoruddin Shah Mat yang berada di bilik gerakan itu pada mulanya akur untuk menurunkan kain rentang berkenaan namun apabila ditanya PRU14.tv hari ini.

BACA : Ulama’ PAS Mula Bertindak Kejam Ke Atas  Puak PASMA 

27April15PASMA_3
Beliau berkata tujuan bilik gerakan dengan kain rentang jelas tertulis perkataan PASMA itu diwujudkan adalah untuk golongan yang enggan menjadi ahli kepada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat (PR) tetapi menyokong pakatan itu.
“NGO ini (PASMA) dibuka bukan untuk ambil alih PAS atau apa, ia lebih kepada mahu membantu PR sebab ada kumpulan yang bukan ahli PAS, bukan ahli PKR dan bukan ahli DAP tetapi mengundi PR.
“Macam saya sendiri, bukan ahli parti mana-mana tetapi memang penyokong kuat PR, kalau ikutkan di Malaysia ada 4 juta lebih yang mengundi PR,” katanya.
Nasoruddin berkata apabila seseorang itu terlibat dalam parti dan membuat kenyataan yang tidak disenangi pemimpin parti, mereka akan dikongkong dan akan menjejaskan parti.

Menurutnya, PASMA ditubuhkan atas dasar sebagai sebuah NGO yang terbuka dan menyediakan pentas berdebat terbuka dalam program anjuran mereka.
“Kebetulan, dengan keadaan krisis dalam PAS berlaku, bila kita buat program, ramai ahli PAS yang datang kemudian dok tibai pimpinan, kita hanya sebagai penganjur dan moderator sahaja serta tiada kaitan dengan krisis itu, tujuan (untuk PRK Permatang Pauh) hanya satu hendak menangkan PR,” kata Nasoruddin.
Mengulas berkenaan laporan Suara.TV berkenaan 1,000 orang jentera yang membantu berkempen untuk PRK berkenaan, Nasoruddin mengesahkan laporan itu dan mengatakan itu antara tujuan mewujudkan bilik berkenaan.
“Kita juga sudah sewa sebuah bangunan di tingkat tiga yang boleh memuatkan 200 orang dan kita ada penghawa dingin, ada permaidani,” katanya.
27April15PASMA_1

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan penyandang Ahli Parlimen sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan kerana dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat.

Lembaga Pengampunan Diraja kemudian telah menolak petisyen pengampunan Anwar pada 16 Mac dan disahkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada 1 April lepas.
– PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.