Monday, April 13, 2015

PAS Bukan Buat Himpunan GST, Macam Karnival Peniaga, Kutip Derma

pilihanraya kini     10:53 AM    


WAJIB.. Aktiviti wajib di program PAS untuk mengutip derma untuk parti dari para penyokong yang hadir. Hari ini mereka mengutip derma pada Himpunan HINDAR anjuran PAS di Padang Merbok, di ibu negara. 



PAS nampaknya mengambil kesempatan atas nama Himpunan Derita Rakyat (HINDAR) untuk menganjurkan perhimpunan ala karnival dan menjual barang-barang daripada melaungkan slogan anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan GST

Himpunan itu yang dijadualkan bermula pada pukul 4 hingga 8.30 malam dianggarkan hanya dihadiri kira-kira 2,500 orang sahaja di Padang Merbok di ibu negara.

Bagaimanapun, apa yang kelihatan di sana kurang aksi memperjuangkan anti GST sebaliknya banyak diletakkan gerai-gerai menjual baju T dan aksesori berkaitan PAS, makanan dan pastinya tidak ketinggalan kutipan derma.

MENARIK – PAS Terus Mencabar DAP Keluar Dari Pakatan 

Seorang peniag mengira hasil jualan t-shirt HINDAR pada himpunan HINDAR di Padang Merbok. Bukannya macam demonstrasi, tapi macam karnival gayanya.
Seorang peniag mengira hasil jualan t-shirt HINDAR pada himpunan HINDAR di Padang Merbok. Bukannya macam demonstrasi, tapi macam karnival gayanya.

11April15PAS_3

Para penyokong PAS hanya menghadirkan diri ke padang itu hanya menjelang waktu Maghrib dan keadaaan padang sebelumnya agak lengang.

Agak ketara, perhimpunan berkenaan diadakan untuk menonjolkan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang Pemilihan PAS yang bakal berlangsung pada bulan Jun depan.
Terdapat risalah bagaimana untuk mengenali pemimpin parasit di dalam PAS diedarkan kepada peserta perhimpunan berkenaan.
Ketika ini, ada ancaman yang dirasakan Abdul Hadi daripada Naib Presiden Datuk Husam Musa untuk menyaingi beliau seterusnya menang dan dilantik sebagai Presiden PAS.

Selain itu, Timbalan Presiden PAS Mat Sabu juga dilihat bakal mengancam kedudukan Abdul Hadi itu. Himpunan HINDAR dikatakan mendapat kebenaran daripada pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk diadakan selepas pertemuan diadakan oleh pihak PAS dan DBKL.

Apapun, kalau himpunan PAS, gayanya lebih aman tampak seperti festival pidato berbanding corak demonstrasi seperti amalan PKR yang kerap membibitkan rusuhan dan keganasan.
Tidak diketahui adakah Abdul Hadi turut hadir dan kelihatan ialah artis pro-PAS iaitu pelawak Bob Lokman turut dilihat berceramah di himpunan itu.

Yang kelihatan agak aktif sekitar perhimpunan itu ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Nasruddin Hassan di padang berkenaan.

TV-14

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.