Thursday, April 16, 2015

Pas Permatang Pauh Tidak Mahu Ahli Keluarga Anwar Jadi Calon #PRKPermatangPauh

pilihanraya kini     9:32 AM    





SEPERTI yang dijangkakan, Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di Pulau Pinang bakal menghangatkan lagi konflik dalam Pakatan Rakyat (PR) antara PKR, PAS dan DAP.

PAS Permatang Pauh dikhabarkan sudah memberi amaran kepada PKR untuk tidak mencalonkan bekas Ahli Parlimen kawasan itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau ahli keluarganya sebagai calon.

Bukan hanya mereka menolak Wan Azizah, segala mereka yang ada kaitan DNA dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditolak oleh PAS Permatang Pauh.

Selain itu, penceramah PKR pada PRk itu jug diingatkan tidak menyentuh isu hukum Hudud.

Ketua Penerangan PAS kawasan Permatang Pauh, Jamsari Samad berkata dua perkara itu merupakan sesuatu yang tidak boleh dilakukan mengikut Perlembagaan.

“Ini adalah kesimpulan kami berdasarkan sentimen akar umbi. Kita tahu bahawa memilih calon adalah pregogatif PKR, tetapi secara umumnya rakyat di sini tidak mahu Dr Wan Azizah atau mana-mana ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

“Jika PKR tidak mahu membuat kecoh di sini, ia juga perlu memberitahu kepada penceramah supaya tidak membincangkan isu hudud kerana ia sesuatu yang suci bagi orang di sini,” katanya hari ini.

Anwar merupakan bekas Ketua Pembangkang dan kini sedang dihukum penjara atas kesalahan liwat. Anwar pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dari 1983 sehingga 1999 di bawah Barisan Nasional dan dari 2008 sehingga Anwar hilang kelayakan di bawah PKR.

Beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen pada 1 April lepas selepas dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atas kesalahan jenayah.

Wan Azizah bertanding dan menang kerusi Permatang Pauh pada 1999 selepas kekosongan kerusi parlimen itu yang disebabkan Anwar dipenjara kerana salah guna kuasa. Wan Azizah melepaskan kerusi itu pada 2008 bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.

Penulis menjangkakan terdapat pertandingan lebih antara dua penjuru antara BN dan PKR tetapi akan melibatkan juga parti lain dalam PR ekoran tidak bersetuju ahli keluarga Anwar menjadi calon.


– PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.