Tuesday, April 28, 2015

PAS Selangor Utamakan #PRKRompin

pilihanraya kini     12:04 PM    



PAS Selangor akan memberi lebih tumpuan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin berbanding PRK Permatang Pauh yang ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, ia berikutan keputusan PAS Pusat bahawa ahli PAS di negeri utara akan membantu PRK Permatang Pauh manakala ahli PAS di negeri selatan membantu PRK Rompin.

“PAS Pusat telah memutuskan negeri-negeri di utara membantu PRK Permatang Pauh sementara negeri-negeri di selatan membantu PRK Rompin.

“Bagaimanapun, PAS Selangor telah berbincang dengan Setiausaha Agung PAS memohon agar dibenarkan menghantar petugas-petugas ke PRK Permatang Pauh. Namun fokus PAS Selangor adalah masih kepada PRK Rompin,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.

 – mynewshub.cc

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.