Tuesday, April 14, 2015

Pelawak Terkenal Zizan Razak Nafi Langgan Pelacur

pilihanraya kini     12:02 AM    




Masih lagi melekat dengan dakwaan bahawa dirinya ialah pelawak kasanova, baru-baru ini, sekali lagi nama Zizan Razak dipetik kerana dikatakan melanggan pelacur ketika berkunjung di Indonesia atas urusan kerja. Bagaimanapun pelawak ini menafikan perkara jijik tersebut.

“Tak elok buat cerita macam itu. Kebetulan saya ke sana ke negara tersebut untuk jalankan tugas-tugas saya, tiba-tiba orang kaitkan pulak. Tapi secara jujurnya, saya pergi pusat karaoke kat sana, tapi takdela pulak pelacur kat sana”

“Yang ada kat dalam tu ada snooker je. Mungkin orang nampak kita kat situ, orang assumed. Saya mengaku saya masuk ke pusat karaoke tu tapi demi Allah takde pelacur dalam tu,” jelas Zizan kepada Melodi bersungguh-sunguh.

Selain itu dalam masa yang sama, Zizan menolak kemungkinan bahawa bekas kekasihnya, Emma Maembong serta bekas pengurusnya adalah antara individu yang terlibat dalam menjatuhkan nama beliau di dalam industri hiburan tanah air.

Boleh tahan juga dakwaan-dakwaan yang melanda pelakon ini. Apa pun, semoga perkahwinan Zizan Jun nanti bakal membawa sinar baru dan juga membuka rezeki yang lebih luas dalam kehidupan pelawak ini.
-Pru14

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.