Wednesday, April 29, 2015

Pemimpin Mahasiswa Kontroversi Puji Langkah BN #PRKPermatangPauh

pilihanraya kini     5:59 PM    


SEORANG pemimpin mahasiswa dari Universiti Malaya (UM) yang sebelum ini begitu rapat dan menyokong bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fahmi Zainol dilihat seperti sudah mula ingin mendekati Barisan Nasional (BN).

Beliau sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila berdegil mahu menjemput Anwar dalam satu program pidato di dalam kampus biarpun dihalang pengurusan UM sehingga berlakunya kejadian merempuh pagar kampus berkenaan.

Tiba-tiba, kelibat Fahmi dilihat bersama calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin pada kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

MENARIK – Fahmi Zainol Dan Bawani Cemari Surau Dengan Hasutan

Dia yang didekati wartawan memuji keputusan Barisan Nasional (BN) kerana memilih Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh itu sebagai calon BN.
“Kita perlu menolak politik lama dan kita mahukan pendekatan politik baharu dan saya rasa orang muda mampu bawa benda baharu.
“Calon BN bagi PRK Permatang Pauh, Suhaimi nampak berkeyakinan. Kita perlu orang muda dan kalau orang lama kita tidak akan maju ke depan,” katanya.
– PRU14.tv

1 comments :

Anonymous said...

Semoga si Fahmi ni dah sedar ketulusan BN dan kelentong serta tujuan sebenar PR ditubuhkan.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.