Tuesday, April 28, 2015

PKR Anggap Pengundi Permatang Pauh ‘Tunggul Politik’? #PRKPermatangPauh

pilihanraya kini     6:06 PM    



PKR seolah-olah menganggap penduduk dan pengundi di Permatang Pauh sebagai “tunggul politik” yang tidak mengerti dan tidak mampu mengatur apakah keutamaan dalam hidup mereka.

Parti itu nampaknya kaget dengan mentaliti ketuanannya di kawasan parlimen yang sejak 34 tahun lalu dipimpin oleh bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Bagi PKR, kerusi parlimen itu adalah simpanan tetap” dalam percaturan politiknya dan para penduduk seharusnya hanya perlu akur dengan sikap “serba tahu” pemimpin-pemimpin parti itu.

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, misalnya, PKR mempertaruhkan presidennya, Wan Azizah, untuk sekali lagi menjadi“pemanas kerusi” dan “penyambung hayat” politik suaminya, Anwar.

Seperti biasa, PKR yakin rakyat Permatang Pauh akan akur seperti mana yakinnya mereka bahawa Azizah juga layak “menggantikan”Anwar sebagai Menteri Besar Selangor apabila menang PRK Kajang tahun lalu.

Dalam projek Langkah Kajang itu, PKR mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diturunkan sebagai Menteri Besar Selangor kerana sering ingkar arahan parti.

Ahli Dewan Undangan PKR bagi kerusi Kajang, Lee Chin Cheh diarah meletak jawatan bagi melorongkan Anwar bertanding dalam satu PRK dan kemudian mengambil alih tempat Khalid.

Bagaimanapun Mahkamah Rayuan menghukum Anwar dipenjara lima tahun kerana bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Ini merencatkan Langkah Kajang dan Wan Azizah diangkat menjadi calon gantian. Apabila menang, Anwar mahu isterinya itu menjadi Menteri Besar.

PAS mempelopori gerakan membela kepentingan rakyat Selangor kerana tidak mahu Azizah yang disifatkan kroni Anwar mengambil alih jawatan itu. Ini  mencetuskan perang hebat di antara PAS, DAP dan PKR hingga kini.

Apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, kerusi Parlimen Permatang Pauh diisytihar kosong dan PKR mengulang strategi meletakkan Azizah sebagai calon gantian dalam PRK itu.

Yang mendukacitakan ialah, pencalonan Azizah bukan demi kepentingan rakyat Permatang Pauh tetapi mengisi kepentingan politik PKR sahaja.

PKR tidak mahu statusnya sebagai peneraju Pakatan Rakyat malap jika kalah di Permatang Pauh. Oleh itu PRK yang akan berlangsung 7 Mei ini dianggap medan mempertahankan maruah PKR semata-mata.

Justeru PKR mengisytiharkan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diangkat sebagai modal utama merebakkan kebencian terhadap kerajaan.

Bagi PKR isu-isu kebajikan dan kepentingan penduduk Permatang Pauh boleh ditangguhkan kerana GST dilihat lebih “seksi” dan berbaloi di segi politik.

Bagaimanapun strategi PKR itu dilihat sebagai usaha menutup kelemahan rekod Azizah sepanjang beliau dan suaminya bersilih ganti menjadi menjadi wakil rakyat di situ sejak 1982.

Sekaligus ini menonjolkan mentaliti ketuanan dan hasad PKR menggunakan PRK memecahbelahkan rakyat dengan menyemai kebencian berdasarkan indikator “kemarahan rakyat” seperti yang digunakan kali ini.

Rakyat Permatang Pauh tidak gayat dengan janji kerajaan DAP Pulau Pinang mewujudkan sistem pengangkutan LRT dan kereta kabel. Yang penting bagi mereka ialah soal kemudahan awam dan juga keselamatan di kawasan mereka.

Saya juga diingat pembangunan utama di Permatang Pauh diwujudkan ketika Anwar pemimpin Umno dan kerajaan. Bagaimanapun sejak menjadi pembangkang, kawasan berkenaan tandus pembangunan infrastruktur.

Penduduk juga dihimpit kenaikan lesen perniagaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kekurangan peluang pekerjaan.

Untuk rekod, Azizah juga dibidas kerana gagal menunaikan janji menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan banjir di Kajang setelah dilantik menjadi ADUN di situ tahun lalu.

Saifuddin yakin strategi membelakangkan isu tempatan mampu membawa kemenangan besar untuk Azizah kerana pengundi Permatang Pauh dilihat PKR hanya Pak Turut.

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.