Sunday, April 26, 2015

#PrkRompin : Belia Perlukan Peluang Kerja

pilihanraya kini     2:38 AM    




Belia di sini mahukan lebih banyak peluang pekerjaan disediakan, kata Ketua UMNO Pahang, Mohd Shahar Abdullah.

Namun, ini bukan bermaksud apa-apa saja pekerjaan, tetapi pekerjaan yang mereka mahukan, katanya lagi.

Menurut Mohd Shahar, 35, buat masa kini, ramai belia sanggup berulang alik ke Kuantan, Pekan atau Segamat, iaitu kira-kira sejam perjalanan dari sini, semata-mata untuk melakukan pekerjaan yang mereka ‘suka’.

Sebab itu, menurutnya, penting untuk bakal penyandang Ahli Parlimen Rompin, menyediakan peluang pekerjaan ini.

“Kalau tidak, mereka akan berhijrah ke luar dan ini akan menyebabkan jurang luas antara remaja dan orang tua.

“Dan ini pula akan memberi sebab negatif kepada pemikiran remaja di sini yang tidak akan dapat menurut cara hidup golongan tua, lantas ia menyebabkan kemajuan terbantut,” katanya kepada The Rakyat Post.


Mohd Shahar turut mencadangkan bakal ahli parlimen menyediakan lebih banyak kemudahan untuk menggalakkan lebih ramai usahawan muda, termasuk memberi kemudahan pinjaman perniagaan.

Tambahnya, ini akan menggalakkan lebih ramai belia menceburi bidang perniagaan di mana bukan saja mereka dapat menikmati untung bekerja sendiri, tetapi juga dapat menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.

Mohd Shahar turut mencadangkan Pusat Transformasi Urban (UTC) mini diadakan di Rompin, terutama di Bandar Muadzam Shah.

UTC adalah inisiatif kerajaan termasuk menyediakan perkhidmatan pendidikan, latihan dan pekerjaan dan kemajuan remaja.

“Apa yang mereka mahu adalah masa hadapan yang cerah dan juga perkhidmatan internet 3G yang lebih baik.”



0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.