Monday, April 27, 2015

#PRKPermatangPauh : 300 Pengundi Cina Bersama Calon BN, Suhaimi Sabudin

pilihanraya kini     10:32 AM    


Barisan Nasional (BN) menerima suntikan semangat awal yang cukup besar untuk menghadapi PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh apabila dilihat mula mendapat sokongan daripada pengundi berbangsa Cina.

Semalam, calon BN, Suhaimi Sabudin bertemu dan bersama dengan 300 orang pengundi Cina di Kubang Semang menjadi antara bukti jelas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ditolak pengundi di situ.

Dr Wan Azizah, yang merupakan Presiden PKR ditolak kerana beliau dicalonkan sekali lagi biarpun gagal sebagai wakil rakyat sebelum ini apabila suaminay Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana kesalahan meliwat.

BACA  : Serangan Tun Mahathir Tidak Jejaskan BN

Beliau sudah pun dipilih penduduk Permatang Pauh menjadi Ahli Parlimen mereka pada tahun 1999 hingga 2008 dan kemudian tiba-tiba meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada suaminya untuk bertanding.

Semenjak itu, tiada pun sebarang pembangunan besar yang dibawa keluarga itu biarpun dari Anwar ataupun dari Dr Wan Azizah.

Penduduk Permatang Pauh, ingin melihat wakil rakyat yang muda seperti Suhaimi memimpin mereka dan membawa pembangunan di kawasan itu yang sudah pun terabai sejak 16 tahun lepas di bawah wakil rakyat, Anwar dan Dr Wan Azizah.

Tinjauan PRU14.tv di sekitar bandar Permatang Pauh, melihat orang ramai teruja untuk menantikan kehadiran Suhaimi ke lokasi rumah atau premis perniagaan mereka untuk mengenali calon baru mereka ini dengan lebih rapat.

Mereka juga ingin memberikan gambaran awal kepada beliau berkenaan apa yang berlaku di peringkat akar umbi khususnya aspek kebajikan rakyat di Parlimen berkenaan.

Pengundi di kawasan itu berpeluang memilih semula wakil rakyat mereka selepas kelayakan Anwar sebagai Ahli Parlimen dilucutkan ekoran dikenakan hukuman penjara selama lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
– PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.