Tuesday, April 7, 2015

#PRKPermatangPauh : Adakah Keluarga Anwar Masih Diharap Menjadi Calon?

pilihanraya kini     9:06 AM    


SELEPAS kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa Pakatan Rakyat (PR) mentadbir Putrajaya, dan kini gagal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, sekali lagi ada kedengaran suara mahu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah kembali bertanding di Permatang Pauh.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata demikian dan beliau menyifatkan Dr Wan Azizah merupakan calon paling layak untuk kerusi berkenaan. Beliau berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu amat berpengalaman kerana pernah jadi Ahli Parlimen sampai meletakkan jawatan di Permatang Pauh.

MENARIK – Permohonan Anwar Ke Parlimen Telah Ditolak

“Saya menyokong penuh, pastinya kita akan melalui proses di peringkat Keadilan (PKR) dan juga peringkat pakatan rakyat seperti biasa, sudah tentu ada beberapa calon yang akan dipertimbangkan.

“Tetapi jika dilihat dari segi kepimpinan dan pengalamannya, Kak Wan (Dr Wan Azizah) adalah paling layak,” katanya di Parlimen semalam.

Laman web The Star melaporan, Dr Wan Azizah berkata tidak menolak kemungkinan akan bertanding sekali lagi di sana sekiranya diperlukan. Selepas Anwar gagal membawa PR menang, adakah pakatan masih mahu membenarkan ahli keluarga Anwar bertanding di situ dengan keadaan Anwar tidak ada harapan langsung untuk keluar dari penjara selepas lima tahun dari sekarang. Parti DAP yang mentadbir Pulau Pinang pasti akan bersuara dalam soal calon pada Pilihan Raya Kecil itu nanti.

Dr Wan Azizah juga sudah ada rekod hampir-hampir terlepas kerusi berkenaan apabila hampir tewas kepada Ustaz Firdaus Ismail pada ketika itu. Berkemungkinan besar, pemilihan calon sesuai bagi PR juga akan menimbulkan ketengangan baru antara PAS, PKR dan DAP.

1 April lepas, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan kekosongan kerusi Parlimen itu selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen Pengampunan Diraja yang dipohon oleh keluarga Anwar.

– PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.