Sunday, April 26, 2015

#PRKPermatangPauh : Bekas Naib YDP PAS Batu Tempelak Kumpulan Hadi Di Permatang Pauh

pilihanraya kini     5:27 PM    



Bekas Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Datuk Tarmizi Mohd Jammenempelak kumpulan pro Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Permatang Pauh yang enggan bekerjasama dengan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamad Sabu (Mat Sabu).
Menurutnya, apabila PAS pusat mengeluar surat rasmi yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bertarikh 20 April bermakna parti telah merestui Mat Sabu dan Timbalannya, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa untuk bekerja memenangkan calon PKR di kawasan itu.
“PAS Pusat sudah keluar surat arahan untuk PAS Pulau Pinang membantu PKR dan menyokong siapa juga calon yang diputuskan dalam PRK Permatang Pauh.
“Tugas ini mesti dipikul oleh Pesuruhjaya PAS, Mohamad Sabu. Tetapi PAS Permatang Pauh enggan tunduk kepada Timbalan Presiden PAS itu, dan Timbalan Pesuruhjaya, Dr Mujahid Yusuf.
“Mereka hanya akur dengan Presiden PAS, Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat PAS Pulau Pinang sahaja. Amacam?,”katanya.
Ada orang tuduh aku sebarkan fitnah untuk pecah belahkan PR.. Lihat bukti dari kenyataan Haji Hadi ni so nilaikan…
Facebooker pro Pakatan Rakyat, Teuku Zacharyah Iskandar pula menyiarkan rakaman Hadi menyokong kenyataan Ketua Urusan Ulama, PAS Kawasan Permatang Pauh, Ustaz Badrul Abdul Rahman yang berkata haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud.
Seruan kepada semua ahli PASMA, ahli PKR dan juga DAP agar memboikot dan tidak membantu serta mengundi PAS di ROMPIN….
Manakala, facebooker PASMA Malaysia pula membuat seruan agar semua ahli PASMA, PKR dan DAP agar memboikot dan tidak membantu serta mengundi PAS di PRK Rompin.
“Tidak perlu kita membantu PAS di Rompin, adalah lebih baik kita membantu PKR di Permatang Pauh,”serunya sebagai menambah kenyataan Timbalan Pengerusi PASMA Selangor, Mohamad Abdul Rahman di KiniTV baru-baru ini.
“Undur Hadi undur,” seru PASMA Malaysia lagi.
Ha nampak tak?Kan ke comel begini..Tua kutuk lg 1 tu campak kat bangi je. Buat semak je.Undur hadi undur#pasmagantipas#husam4presiden
awas pengundi permatang pauh, kak wan x perlukan undi anda jika x suka kat kak wan
Pening gitu jer. Dulu letak jawatan sbb nk bagi laluan ke bang non. Alasan nk jaga cucu. Skrg bertanding lagi. Alasan…

-AIDC

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.