Monday, April 27, 2015

#PRKPermatangPauh : Calon Muda Lebih Baik Dari Nenek Yang Suka Kipas

pilihanraya kini     10:30 AM    



SEBAGAI seorang Ahli Parlimen, selain mempunyai gaya kepimpinan yang matang seseorang wakil rakyat itu pada zaman kini perlu sama bergerak aktif demi memenuhi madah perjuangan kemahuan rakyat di kawasan yang diwakilinya.

Untuk kawasan Parlimen Permatang Pauh, calon PKR iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak diyakini boleh bergerak aktif untuk rakyat kerana beliau ketika ini juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kajang.

Pasti sukar untuk beliau yang digelar Kak Wan untuk menumpukan perhatian kepada dua kawasan sekaligus termasuk menjaga cucunya dan menziarahi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh.

BACA : VIDEO : Warga Emas 103 Tahun Permatang Pauh, Pilih BN Menang

Seorang bekas Pengetua Datuk Daud Taha yang sebelum ini menjadi Pengerusi Jawatankuasa UMNO Pulau Pinang ada menulis betapa peritnya menjadi dua wakil rakyat pada satu-satu masa.
“Saya orang lama dan 73 tahun dan hendak masuk 74, pengalaman amat banyak, kalau terlampau banyak jawatan dan jawatan besar pula tu, saya yakin dan percaya tidak boleh buat kerja.
“Menjadi Pengetua dulu dengan 2,300 pelajar dengan staf 165 orang pun jenuh bersilat, amat sibuk, mesyuarat sana mesyuarat sini, aktiviti sana, aktiviti sini, buat laporan dan lain-lain amat letih dan stress,” katanya.
Jika menjadi wakil rakyat, takkan terlayan dengan tanggungjawab yang banyak, katanya.
“Ini pula jadi YB sana YB sini, tanggungjawab sana tanggungjawab sini, lari sana lari sini pasti tidak boleh buat, tak sempat buat dan tak larat nak buat dan tak payah buat.
“Tambah pula dengan fizikal kita, dah tua ni sakit sana sakit sini dan keluarga pula… LETIH,” katanya.
Beliau berkata pengundi di Permatang Pauh harus memberinya rehat dan beri peluang kepada orang menjadi wakil rakyat di kawasan Parlimen itu.
“Bodohlah kita selama 15 tahun takdak apa yang depa buat, kesian dekat saya, kesian dekat keluarga saya dan dekat kita semua, Ayuh, kita tumbangkan kali ini,” katanya.
Daud merujuk kepada Kak Wan yang sudah pun mempunyai cucu dan menggalas gelaran sebagai nenek dan suami kepada satu keluarga yang besar.

Sejak 33 tahun lepas, kalau tidak Anwar yang menjadi wakil rakyat pasti Kak Wan dan kini sekali lagi PKR mencalonkan dirinya untuk mengulang kembali skrip lama tahun 1999.

Berbeza dengan calon Barisan Nasional (BN) yang lebih muda iaitu Suhaimi Sabudin, 43, membuka pintu untuk satu pembaharuan pembangunan besar-besaran di Permatang Pauh seandainya menang pada 7 Mei nanti.

Beliau yang merupakan seorang Pengarah Urusan di sebuah syarikat pembinaan dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1997.

Suhaimi juga sudah mempunyai banyak pengalaman dalam politik di Permatang Pauh dengan menjawat tugas sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh sejak Oktober 2013 dan mula menganggotai UMNO sebagai ahli di UMNO cawangan Guar Jering sejak tahun 1992.

Oleh itu, pada pandangan orang waras yang terbuka, pastinya Suhaimi layak dipilih untuk memberikan jendela baru kepada kawasan Parlimen Permatang Pauh dengan pandangan seorang calon muda.

Sebenarnya memang sudah cukup sebagai seorang Ahli Parlimen, Kak Wan diberi tempoh sejak 1999 hingga 2008 dan kemudian Anwar pula diberi semula peluang menduduki kerusi itu.

Sudah tiba masanya, kerusi Parlimen Permatang Pauh berpindah ke tangan Barisan Nasional (BN) yang lebih memandang kepada masa depan daripada memandang kepada misi membebaskan seorang banduan yang dipenjarakan atas kerakusan nafsu sendiri meliwat bekas pembantu peribadinya.
 PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.