Sunday, April 26, 2015

#PRKPermatangPauh : DPP Permatang Pauh umum boikot jentera PKR

pilihanraya kini     5:39 PM    



Dewan Pemuda PAS (DPP) Permatang Pauh mengumumkan pendiriannya yang tidak senada dengan kepimpinan parti Islam di kawasan berkenaan. Ketuanya,

Wan Ahmad Rafie Abd Rashid, berkata pihaknya masih berpegang dengan pendirian untuk menyokong Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang yang tetap akan memboikot jentera PKR pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen itu.

 "Kita tidak akan ikut pendirian PAS Permatang Pauh yang membuat pusingan U selepas perjumpaan bersama kepemimpinan PKR, sebaliknya akan ikut pendirian Pemuda PAS negeri.

"Kita tuntut Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang untuk membuat penafian berhubung kenyataan terbuka terhadap PAS dan Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) serta hudud.

 "Justeru, saya sebagai Ketua Pemuda tidak akan mengeluarkan sebarang arahan untuk membantu jentera PKR,"

katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas pendirian PAS Permatang Pauh yang membuat pusingan U dan kembali menyokong jentera PKR bagi PRK Permatang Pauh, hari ini.

-BH


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.