Thursday, April 23, 2015

#PRKPermatangPauh : Kisah 17 Tahun Terabai

pilihanraya kini     7:06 PM    



Adakah kini para pengundi di Permatang Pauh sudah sedar bahawa penyandang kerusi itu sebelum ini dipenjara kerana kesalahannya sendiri melakukan jenayah meliwat.

Mungkin satu masa dahulu, kerusi Parlimen itu merupakan kubu ampuh Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada ketika itu mungkin simpati dan persepsi masyarakat yang percaya Anwar dianiaya.

Menurut penduduk, kawasan Parlimen itu dikatakan terabai selama 17 tahun kerana dua penyandang kerusi itu sebelum ini Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerap menumpukan perhatian di Kuala Lumpur.

MENARIK – Azmin Sudah Goyang?? Program PRK Di Permatang Pauh Dibatalkan

Kali ini, Anwar sudah pun hilang kelayakan untuk dipanggil Ahli Parlimen lagi selepas Lembaga Pengampunan Diraja menolak petisyen yang dihantar beliau.

Menurut PKR, mereka masih mahu mempertaruhkan ahli keluarga Anwar di kawasan itu kali ini mungkin anaknya iaitu Nurul Nuha.

Penyandang sebelum ini, Wan Azizah sudah pun menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, anak sulung Nurul Izzah adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berasa pengundi Permatang Pauh perlu segera sedar kebajikan mereka telah diabaikan selama ini dan Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Mei adalah masa untuk mengubahnya.
“Saya berharap rakyat di Parlimen Permatang Pauh akan dapat melihat tanggungjawab sebagai Anggota Parlimen adalah mendahulukan rakyat di kawasannya… itu adalah kewajipan mereka,” katanya.
Menurut beliau, UMNO negeri Kedah akan berusaha gigih untuk meyakinkan pengundi di sana untuk menolak isu yang tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat.

Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh, Datuk Mohd Saizi Mohd Said pula berkata, pembangunan terhenti selepas pembangkang mengambil alih kerusi tersebut selepas Anwar disingkirkan dari Barisan Nasional (BN). Ketika itu, dia dipenjarakan pada tahun 1999 kerana didapati bersalah kerana salah guna kuasa.
“Pembangunan oleh kerajaan Persekutuan ataupun negeri dalam tempoh 17 tahun ini di bawah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) memang telah terberhenti.
“Maksud saya sepanjang 17 tahun tiada satu pun pembangunan baru yang berlaku di Permatang Pauh, yang ada ni semua sedia ada sebelum atau pada ketika ahli parlimen waktu itu adalah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO yang membangunkan Permatang Pauh.
“Selepas itu tiada pembangunan baru kecuali daripada pihak swasta, taman-taman perumahan baru dan sebagainya,” katanya.
Bagi Mohd Zaidi atau dikenali sebagai Cikgu Zaidi, kemiskinan di Permatang Pauh adalah masih di tahap tinggi dan kerajaan negeri di bawah Ketua Menteri Lim Guan Eng gagal membantu rakyat miskin sehingga mereka sering meminta bantuan daripada UMNO.

-PRU14


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.