Monday, April 13, 2015

#PRKPermatangPauh : Masyarakat Mahu Pembangunan - DS Shahrizat

pilihanraya kini     11:36 AM    



"Bila saya cakap itu, Nuul Izzah pulak dah rasa tertekan kerana saya cakap yang benar, maka beliau nak spin, nak spin terpulanglah pada dia.


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mempertahankan kenyataannya Parlimen Permatang Pauh memerlukan pembangunan, menegaskan perkataan yang digunakannya mencerminkan keadaan sebenar di kawasan itu.

Ketua Wanita Umno itu berkata, beliau bukan bermaksud untuk menyindir, sambil menambah Nurul Izzah, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang yang dipenjarakan sebelum ini menyandang kerusi Parlimen itu, tahu beliau bercakap benar.

"Memang pedih untuk sesetengah pihak untuk terima hakikat tertentu, saya cakap perkara yang benar, saya tidak membuat sindiran, memang itu hakikat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasarnita @ Tom's Bazaar di Publika, Kuala Lumpur.

"Tapi dalam hati dia, saya tahu dia tahu apa yang saya cakap itu adalah benar.

"Mereka ni kalau kita cakap benar, dia spin ke lain, saya memang expect dah dia, bagi saya saya bercakap benar," katanya.

Bernama semalam melaporkan Shahrizat sebagai berkata, kawasan Parlimen Permatang Pauh bukan sebuah "syarikat sendirian berhad", tetapi kawasan yang memerlukan seorang ahli Parlimen yang mampu membawa pembangunan dan kemajuan kepada penduduknya.

Katanya, maklum balas yang diterima Wanita Umno dari akar umbi menunjukkan pengundi di Permatang Pauh dahagakan pembangunan dan bosan dengan janji pembangkang yang tidak ditunaikan.

Beliau berkata, maklum balas juga mendedahkan, pengundi di sana kini jelak dengan senario politik 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' di kawasan itu, yang melibatkan calon berbeza, tetapi daripada keluarga sama, walaupun selepas 17 tahun.

Mengulas kenyataan Shahrizat itu, Nurul Izzah, ahli Parlimen Lembah Pantai, berkata dalam nada mengejek yang Shahrizat patut malu berkata demikian.

"Ada seorang ketua Wanita Umno di Permatang Pauh yang tidak tahu malu mengatakan Permatang Pauh sebuah syarikat swasta.

"Saya nak cakap, jika nak belajar, dengar. Kami bukan macam NFCorp (National Feedlot Corporation) atau NFC, yang nak guna dana dan libatkan ahli keluarga dalam satu projek yang sebenarnya untuk rakyat.

"Bila kami bercakap pasal perjuangan, ia bermakna anak-anak kami dan keluarga kami terlibat dalam menentang penindasan rakyat," kata Nurul Izzah di Ipoh malam tadi.

Shahrizat bekas menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat yang terpaksa meletak jawatan pada April 2012.

Suaminya, Pengerusi NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dan 3 anak mereka dituduh menyalahgunakan dana awam dalam projek itu.

Salleh menghadapi tuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta dan didakwa melanggar Akta Syarikat berkaitan dana persekutuan RM49 juta yang diberikan kepada NFCorp. – 12 April, 2015.

- Bernama


0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.