Sunday, April 26, 2015

#PRKPermatangPauh : PAS Bertelagah Arahan?

pilihanraya kini     2:46 PM    


Perpecahan  pendapat dan kepatuhan kepimpinan kini terserlah berlaku dikalangan PAS, Di Permatang Pauh sendiri, kita dapat melihat pergolakan berlaku diantara beberapa kepimpinan PAS disana.

Dalam hal ini kita dapat melihat bagaimana Pengarah PilihanRaya PAS di Permatang Pauh Datuk Dr. Mujahid Yusof dengan tegas memberitahu bahawa mereka akan menerima  arahan  hanya daripada  Presiden PAS  Datuk Seri Abdul Hadi Awang sahaja.

Senada dengan Pengarah Pilihan Raya PAS Permatang Pauh. Yang Di Pertua PAS Omar  Hassan juga  menegaskan bahawa mereka tidak akan menerima arahan dari mana mana pihak termasuk dari Persuruhjaya PAS Negeri iaitu Mohamad Sabu berhubung gerak kerja sepanjang PRK kerusi  Permatang Pauh.

Perebutan mengeluarkan arahan  gerak kerja dikalangan pemimpin PAS memperlihatkan bagaimana  mereka sendiri sedang mengalami konflik dalaman yang kritikal. Sepatutnya dimasa ini mereka hanya akan menerima satu arahan sahaja.

Jadi bagaimanakah PAS mahu memerintah , sedangkan mereka tidak mampu melakukan penyatuan dalaman yang  berskala kecil diantara mereka, ini kan pula untuk mentadbir senuah kerajaan dan negara.

Seharusnya para pengundi melihat keadaan ini dan membuat pilihan yang tepat iaitu mengundi Barisan Nasional di PRK Permatang Pauh nanti. Cukup la beberapa penggal dipinggirkan oleh Ahli Parlimen yang dipenjara sekarang.

Pengundi seharusnnya bijak membuat pilihan, mana tidaknya selama ini Permatang Pauh dipinggirkan dari arus pembangunan  dek kerana  wakil rakyat mereka hanya mempunyai masa 365 hari untuk menaikkan diri sendiri dalam hal-hal politik.

Mana mungkin didalam 365 hari tersebut ada masa untuk memikirkan  masalah “kecil” yang dihadapi oleh rakyat Permatang Pauh.  PRK kali ini, pengundi sekali lagi akan membuat pilihan yang bijak demi kesejahteraan  Permatang Pauh.

Kemelut calon yang dipilih juga memperlihatkan bagaimana kepentingan  keluarga diutamakan,  PKR adalah pengamal Nepotisme yang tegar tidak akan memilih calon lain selain berbinti dan berbini kan Anwar Ibrahim untuk bertanding.

Pada mereka  PKR dilahirkan adalah untuk keluarga  Anwar Ibrahim dan untuk melindungi keluarga ini dari ancaman politik ,  Pada masa yang sama penyokong pula adalah macai-macai  pemakan upah  berdemo untuk menutup kesalahan keluarga Anwar Ibrahim.

Biar  kuyup  badan disimbah pancutan air FRU, kesalahan keluarga Anwar Ibrahim mesti diselamatkan walaupun kesalahan yang dilakukan dihadapan mata sendiri.

Justeru itu, sudah pastinya  pengundi Permatang Pauh bijak membuat pilihan pada kali ini. Bijak untuk menentukan kemajuan akan dapat dikecapi bersama aliran pembangunan negara.  Sudah pastinya pengundi permatang Pauh akan mengundi sebuah parti yang boleh menjaga kebajikan mereka  seterusnya menikmati segalanya dari kerajaan yang cukup prihatin dalam permasalahan rakyat.

-PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.