Friday, April 24, 2015

#PRKPermatangpauh : Pemuda PAS Pulau Pinang Selar Mat Sabu Dan Mujahid Yusof Rawa

pilihanraya kini     7:44 PM    


Dari PERMATANG PAUH – Ini adalah realitinya ketika ini, muafakat antara parti PKR dan PAS dalam di Permatang Pauh makin makin menanti belah.

Difahamkan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengkritik secara terbuka Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang juga Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Mereka menganggap kepimpinan kedua-dua individu itu sebagai gagal, Mujahid dilabelkan sebagai ego dan suka memihak kepada PKR daripada mendengar pandangan ahli akar umbi dari PAS.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah berkata Mujahid menjalankan cara memimpin ‘kuku besi’ dan berat sebelah dalam kemelut yang berlaku menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh tidak lama lagi.
“Sebagai Pengarah Operasi PRK Permatang Pauh peringkat negeri, beliau sepatutnya turun mendengar isu yang dibangkitkan oleh akar umbi dan membawa hasrat mereka ke peringkat atas khususnya dalam beberapa perbincangan bersama PKR yang dihadirnya.
“Akan tetapi beliau mengambil tindakan sebaliknya dengan memihak kepada PKR serta menyerang emosi akar umbi.
“Pemuda PAS Pulau Pinang kecewa kerana beliau masih mengulangi sikap ego dan autokratik yang sama serta mudah menunding jari, melabel dan menyalahkan orang lain. Ini melukakan hati petugas PAS,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Mohamad Sabu atau Mat Sabu pula dikatakan gagal memainkan peranannya menyelesaikan kemelut yang dibangkitkan ahli di peringkat bawahan.
“Mat Sabu juga gagal memainkan peranannya menyelesaikan isu ini. Seperti Mujahid, beliau juga tidak turun bertemu akar umbi PAS di Permatang Pauh.
“Kegagalan mereka berdua ini untuk turun berbincang sejak awal isu ini tercetus, menyebabkan isu ini bertambah keruh. Lebih-lebih lagi mereka berulang kali mengeluarkan kenyataan keras kepada akar umbi di Permatang Pauh sehingga mencederakan emosi mereka,” katanya.
Apa nak jadi dengan pakatan PKR dan PAS di Permatang Pauh. Nampaknya ini adalah batu loncatan untuk Barisan Nasional (BN) untuk membuat kempen besar-besaran kepada pengundi Permatang Pauh sementara kedua-dua parti ini bertelingkah.

Orang ramai di kawasan itu sudah muak dengan drama politik keluarga penyandang Ahli Parlimen itu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, sementara PAS pula sudah muak dengan PKR.

Anwar ketika ini sedang meringkuk dalam Penjara Sungai Buloh kerana dihukum atas kesalahan melakukan hubungan seks luar tabii atau meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Demi menyelamatkan legasi yang semakin membosankan, PKR dikatakan masih tidak serik untuk meletakkan ahli keluarga mereka untuk bertanding, dengar cerita sama ada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah atau anak mereka Nurul Nuha. PRK Permatang Pauh ditetapkan hari mengundinya pada 7 Mei manakala penamaan calon akan diadakan esok.

-PRU14

1 comments :

Anonymous said...

Boria PAS di PP dah mula dah, BN jgn terlena dgn tukang karut PAS. Konon bertelagah antara PAS/DAP/PKR, Yg sebenar depa tengah pasang jerat utk BN. Awas BN. Jgn peduli kisah rumah tangga depa.

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.