Tuesday, April 28, 2015

#PRKPermatangPauh : PKR Dan Nepotisme

pilihanraya kini     4:33 PM    


Kita tahu bahawa keluarga Anwar Ibrahim adalah sebuah keluarga yang cukup tamak dan pentingkan diri sendiri  dalam  memonopoli kuasa politik. Jeritan Nepotisme semasa dalam UMNO dulu hanya bayangan kepada perbuatannya.

Kajang dipertanggungjawabkan kepada Wan Azizah untuk membangunkan rakyatnya dan juga kebajikan mereka. Namun Kajang hanya tinggal nama sahaja. Banjir setiap kali hujan lebat, sampah sarap dan operasi organisasi terbantut.

Ini lah kepakaran Wan azizah. Selepas Kajang, setelah seluruh pelusuk alam  dan tanah Malaysia  berselerakan mencari calon PRK P44, Namun tiada saorang pun berkelayakan. Setelah ditilik dalam mangkuk sabun ternyata muka Wan azizah yang layak.

Sekali lagi Wan Azizah akan mewakili PKR untuk bertanding di PRK P44 Permatang Pauh. Kehebatannya telah mengalahkan seluruh 600 ribu yang tidak layak menjadi pemimpin dan calon di Permatang Pauh.

Wan Azizah adalah presiden parti merangkap ADUN Kajang. Sememangnya kumpulan ini telah mengetahui bahawa Wan Azizah dilihat tidak lagi layak untuk memimpin dalam keadaan parti yang haru-biru dan dalam keadaan DUN Kajang sendiri begitu banyak masalah. Apatah lagi ditambah dengan masuknya Anwar ke dalam penjara.

Isu yang banyak diperkatakan dalam PKR ialah kegagalan dan ketidakmampuan Wan Azizah untuk memimpin parti. Walaubagaimanapun kumpulan-kumpulan lain dalam PKR belum boleh menarik nafas lega dengan pemilihan ini. Kenapa?

Menggerakkan usaha untuk menekan dengan memberi bebanan kepada Wan Azizah ini telah mula bergembira dengan kejayaan pertama mereka? Mereka dikatakan akan meneruskan gerak kerja kedua dengan menampakkan Wan Azizah tidak kompeten, lemah, tidak mampu bekerja dengan begitu banyak bebanan dan tanggungjawab.

Menang atau kalah di Permatang Pauh bukan lagi agenda utama mereka, tetapi mereka ingin melihat Wan Azizah berada dalam keadaan yang tertekan dan tidak berupaya untuk berfungsi bukan sahaja sebagai Ahli Parlimen atau ADUN tetapi sebagai Presiden Parti.

Kalau sebelum ini Wan Azizah sentiasa didampingi oleh DS Anwar, namun kini beliau terpaksa berdiri atas kaki sendiri. Keadaan sama berlaku apabila PKR hampir tidak bernyawa pada Pilihanraya Umum tahun 2004.

Isu kelemahan Wan Azizah untuk memimpin akan dimainkan oleh mereka secara berterusan sehingga pemilihan akan datang dan akhirnya mereka akan muncul dengan kekuatan yang ada dengan mengangkat  pemimpin baru bagi menerajui PKR.

Isu nepotisme tidak boleh dinafikan oleh keluarga Anwar ini, bagi pilihanraya Permatang Pauh ini, mereka akan terus meraih simpati dengan apa yang terjadi kepada keluarga mereka.
– PRU14.tv

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.