Saturday, April 25, 2015

#PRKPermatangPauh: Wan Azizah Calon PKR Untuk Raih Undi

pilihanraya kini     1:30 PM    


Sudah dijangka, keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim terus ‘mengawal’ kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dipilih sebagai calon bagi mengantikan Anwar yang sedang dipenjarakan.

Pengumuman itu dilakukan sendiri oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, dalam sesi pengumuman calon kawasan itu di Seberang Perai Arena malam tadi. Dan boleh juga diagak, pemilihan itu membolehkan Wan Azizah ‘digunakan’ untuk meraih simpati atas pemenjaraan suaminya atas kesalahan meliwat untuk menentang Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh.

Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang di Selangor, pernah bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dan memenanginya pada tahun 1999 selepas Anwar dipenjarakan atas kesalahan yang sama.

Mengimbas kembali isu banjir di Kajang, bagaimana pula Wan Azizah ini mahu mentadbir urus Permatang Pauh itu?

Mampukah? Atau Wan Azizah hanya atas nama sebagai calon, kerjanya dibuat orang lain?

Dan sepertimana yang Wan Azizah pernah lakukan sebelum ini, beliau yang menjadi Ahli Parlimen kawasan tersebut selama dua penggal, akhirnya meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada Anwar yang ketika itu baharu sahaja dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

Ulang taktik sama lagilah nampaknya.

-PRU14

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.