Monday, April 27, 2015

#PRKPermatangPauh : Wujud Gelombang Mahukan Perubahan Di Permatang Pauh – Zaidi

pilihanraya kini     7:40 AM    


Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Zaidi berkata gelombang sokongan padu yang diberikan oleh jentera dan penyokong Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh memberikan petanda bahawa UMNO dan BN di sini sudah bersedia untuk bekerja keras bagi melakar sejarah baru di kawasan terbabit.
Menurut beliau, ini merupakan satu gambaran awal UMNO dan juga parti-parti komponen di dalam BN berada di dalam satu pasukan dengan semangat yang cukup tinggi untuk bekerja keras bagi merealitikan kemenangan BN pada PRK kali ini.
“Slogan yang kita gunakan ini adalah berdasarkan daripada gerak kerja yang kami jalankan kira-kira dua tahun lepas. Kita juga sudah menyusun segala perancangan, bantuan dan khidmat yang kita berikan kepada penduduk di Permatang Pauh ini bermula sejak dua tahun lepas.
“Segala gerak kerja yang kami buat adalah tertumpu untuk membantu rakyat Permatang Pauh, bersama dengan mereka dalam setiap program, mengambil berat soal kebajikan mereka, soal pembangunan, soal pendidikan
PG01_260415_BN KEMEPN“Jadi dalam tempoh dua tahun ini, warga Permatang Pauh telah memberikan satu penilaian yang sangat positif kepada UMNO Bahagian, dan pada hari penamaan calon pada tempoh hari pun, kita dapati suasana politik di Permatang Pauh ini seolah-olah ada gelombang perubahan yang makin terasa.
“Ini dikuatkan lagi dengan keadaaan parti pakatan rakyat yang bertelagah. Sampai hari ini kita lihat bagaimana jentera mereka tidak bergerak. Dan keputusan mereka tiga kali menangguhkan pengumuman calon juga membayangkan bahawa mereka dalam keadaan tidak stabil untuk mnengadapi PRK kali ini.”
Bagaimanapun, jelasnya ini tidaklah memberikan kelebihan yang terlalu banyak kepada BN namun perbalahan dan pertelagahan antara parti dalam pakatan pembangkang ini boleh dianggap sebagai satu bonus kepada BN.
“Tetapi kita rasa bahawa tag line melakar sejarah akan menjadi realiti apabila kita dapati rakyat di Permatang Pauh ini semakin sedar bahawa UMNOlah yang selama ini banyak membantu mereka. Kita cuba membantu mereka dari segala sudut, dari segi pendidikan, pembangunan dan kebajikan semua warga permatang Pauh ini.
“Jadi berdasarkan beberapa faktor ini, insya-Allah telah memberikan kita keyakinan bahawa slogan kita ‘Melakar Sejarah’ ini akan menjadi kenyataan pada 7 Mei nanti,” ujarnya.-MediaUMNO

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.