Saturday, April 25, 2015

#PRKRompin: 1,500 Puteri UMNO bantu dalam media sosial - Zahida

pilihanraya kini     12:43 PM    



ROMPIN: Kira-kira 1,500 anggota Puteri UMNO kini giat mendekati pengundi muda secara bersemuka dan menerusi media sosial bagi memberi perjelasan dan menangkis tuduhan dilemparkan pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Naib Ketua Puteri UMNO Zahida Zarikh Khan berkata pasukan khas 'Barisan Semut A

pi' yang ditubuhkan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2014 telah digerakkan untuk menepis propaganda pembangkang dalam media sosial.

Katanya pasukan itu berperanan untuk menjawab persoalan dan menangkis segala penipuan dan fitnah tentang pelbagai isu termasuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang dimainkan pihak pembangkang.

"Kami gunakan pasukan semut api ini untuk membetulkan semula pemahaman masyarakat terutama golongan muda mengenai isu-isu yang telah diputar-belit oleh pembangkang terutama mengenai pelaksanaan GST," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Media di Kolej Komuniti Rompin, di sini hari ini.

Bagi mendekati golongan muda di kawasan terpencil, Puteri UMNO menggunakan 'Pentas Anak Muda' bagi memberi ceramah dalam bentuk kecil-kecilan untuk menepis dakyah pembangkang, katanya.

Pentas itu juga menjadi jalan terbaik bagi Puteri UMNO mendekati golongan tersebut selain menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih mengenai usaha kerajaan untuk membangunkan kawasan Rompin, kata Zahida.

"Sejak hari penamaan calon kami sudah berjuma kira-kira 10 peratus pemuda dan wanita di kawasan Rompin ini. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan saya percaya ini merupakan satu petanda positif untuk BN mencatatkan kemenangan dengan majoriti undi lebih baik," katanya.

Daripada 53,294 penduduk Rompin yang layak mengundi pada PRK Rompin kali ini, 24,603 merupakan pengundi muda iaitu 12,417 wanita dan 12,186 lelaki.

Calon BN Datuk Hasan Arifin dicabar oleh calon PAS Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi itu pada PRK 7 Mei ini berikutan penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak enam penggal lepas apabila mengalahkan bekas Ketua Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.


Read more at:http://www.astroawani.com/berita-politik/prk-rompin-1-500-puteri-umno-bantu-dalam-media-sosial-zahida-58569?cp

0 comments :

© 2011-2014 PILIHANRAYA KINI . Designed by Bloggertheme9. Powered by Blogger.